Thursday, 24 January 2013

PAS Keluar PR Atas Desakan Penyokong, Lagi Bendera DAP Dipijak!

 "Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam." - Mohd Rosli Ghazali Ketua Kumpulan Penduduk
Lebih 50 orang penyokong PAS dan penduduk tidak berpuas hati dengan Lim Guan Eng mengadakan demonstrasi membantah cadangan untuk kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu. 
Mohd Rosli Ghazali 52 mendesak PAS supaya keluar daripada pakatan sekirannya lebih sayangkan Islam. 
"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.
Mohd Rosli juga meminta supaya semua pihak menghormati dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. 

Tuesday, 22 January 2013

PANAS!! Ustaz Nasharuddin Bakal Calon UMNO #PRU13!

PM Palestin Ismail Haniyeh & PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza. 

Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakkan kaki di bumi Palestin bagi menzahirkan tanda sokongan padu Malaysia kepada Negara Palestin. 

"Saya berharap lebih ramai lagi pemimpin Islam dari seluruh dunia akan mengambil langkah sama. Perjuangan ini bukan sahaja bagi penduduk palestin tetapi bagi Ummah." - Datuk Seri Mohd Najib 
Datuk Seri Najib juga sempat melawat tapak projek sekolah yang dibiayai oleh Malaysia sendiri. 
p/s - Nik Aziz bila lagi nak melawat Gaza? Tahniah Datuk Seri Najib.

Sunday, 20 January 2013

WAYANG BARU WANITA UMNO DIKENAL PASTI

 
Agenda terselindung Dato' Noriah Kasnon di dalam landskap Wanita Umno makin terserlah.Noriah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini mempunyai kekuatan melalui program Teman 1Azam yang mana sebelum ini dipelopori oleh Datuk Seri Shahrizat, Noriah telah menngunakan peluang tersebut untuk memberi bantuan yang mana melibatkan bantuan kepada Ketua Wanita Bahagian.Yang terbaru ialah program  di Parlimen Sepang pada 13 Jan 2013.
Noriah melantik Dr Rozaidah Talib pula sebagai pegawai khas di Parlimen yang mana Dr Rozaidah bukanlah calon sesuai untuk berada di sana kerana tidak ada kemahiran mengendalikan hal Kementerian Wanita di parlimen
.
GABUNGAN BARU WANITA UMNO


Dato' Noriah Kasnon

Dr Rozaidah

Faridah






Maznah Mazlan



Lantikan Dr Rozaidah jelas membuktikan komplot jahat sedang dirancang di dalam Wanita UMNO, kita sedia maklum Dr Rozaidah berangan untuk menjadi calon PRU13 nanti di Ampang. Beliau juga sangat rapat dengan Dato' Maznah Mazlan,Datuk Faridah Abu Hassan, Datuk Amisah Yassin, Datuk Mashitah Ibrahim serta Zaleha Hussin dari Kubang Kerian.Tidak lupa juga dengan Monalisa dari PJ Selatan.Wujudnya gelombang dalaman yang membentuk GANDINGAN BARU ini dan pergerakan sedang berlaku untuk mempengaruhi Wanita Umno yang lain.

Friday, 18 January 2013

Razali Ibrahim lawan Khairy Jamaluddin

Ke mana Razali Ibrahim selepas ini? Beliau harus bertanding melawan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Ini untuk membolehkan Razali kekal di dalam Pemuda dan terus berkuasa apatah lagi jawatannya sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.KJ pula masih berpeluang untuk terus menerajui Pemuda memandangkan usianya itu.KJ tidak ada jawatan di dalam Kabinet, dan desas desus mengatakan beliau akan bertanding di tiket PKR.Nakalnya statement itu..
Razali
Khairy
Nak atau tidak Razali Ibrahim juga menyusun strategi di dalam Pemuda , beliau berpotensi di dalam Kabinet Najib. Selepas ini saya pasti beliau akan juga berada di Kabinet Najib ini.KJ diatas kertas sepatutnya sudah layak berada di Kabinet atas tiket Ketua Pemuda Umno pada ketika itu, KJ tidak mendapat tempat di Kabinet Najib dan dicantas untuk terus naik pada ketika klimaks berlaku di karier politik KJ.
Namun Razali Ibrahim jelas mempunyai nasib yang sangat baik,Oleh itu,mereka berdua sedang menyusun dan merancang politik masing-masing.Orang orang Kj dan orang orang Razali juga ramai dan mereka menunggu masa untuk bertindak..Razali harus berani menentang Ketuanya di saat namanya berada selesa di dalam kerajaan serta populariti sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.Awas pertembungan mereka nanti.

Thursday, 17 January 2013

Agenda Peribadi Exco Majlis Belia Malaysia

Wan Salwati
Wan Salwati Abdullah adalah merupakan salah seorang exco Majlis Belia Malaysia.Yer,,dia mewakili Negeri Sembilan.Tak secara langsung dia juga disuruh oleh Shabery Cheek untuk berada di Exco Majlis Belia Malaysia bersama dengan barisan kumpulan Gadafi yang berada di tiket Belia 4B . Ini semua bertujuan untuk membisukan Majlis Belia Malaysia.Salwati juga adalah merupakan pegawai khas kepada Shabery Cheek.Shabery Cheek amat gerun dengan tuntutan dan pemimpin muda di Majlis Belia, kerana mereka terutama dari bukan Melayu agresif mengeluarkan idea baru yang tidak mampu Shabery Cheek tunaikan.Ini perancangan di masa depan untuk membisukan Majlis Belia atau pun Menutup Mulut mereka. Dengan adanya orang orang suruhan Shabery Cheek maka diharap Majlis Belia akan menurut kehendak telunjuk Shaber Cheek melalui Wan Salwati ni.
Budaya kroni dan budaya politik senyap ini membuat ramai golongan muda telah beralih arah ke pembangkang. Ni ada lagi satu Dato..dah lah jadi pegawai khas Perdana Menteri, dok jugak sibuk menyelit nak dok dalam Majlis Belia Malaysia.Apa punya class da ini Dato.
Selepas ini Majlis Belia Malaysia akan dipelopori oleh GPMS dan Belia 4B.Di mana peranan belia yang lain, seperti kami ini,belia Cina,India dan Siam.Kami juga membawa slogan Satu Malaysia.
Dan yang paling dahsyat, Wan Salwati juga mencantas Ketua Puteri Bahagian yang lain demi untuk mencapai agenda sebagai Ketua Puteri nanti menggantikan Rosnah dan disokong dengan maksimum oleh Shabery Cheek serta, akan diberi kepercayaan untuk menduduki Parlimen Belia sekiranya rancangan mereka berjaya.

Wednesday, 16 January 2013

PENYELEWENGAN WANG DI DALAM BELIA 4B MALAYSIA MASIH BELUM TERJAWAB

Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia akan diadakan pada 18 Januari hingga 20 Januari ini bertempat di Hotel Summit USJ,Subang Jaya.Ia juga merupakan medan pemilihan barisan kepimpinan muka baru bagi sesi 2012 hingga 2014.Antara jawatan yang bakal menjadi rebutan ialah Timbalan Presiden,Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa.
Walau apa pun berlaku, ada tangan ajaib yang berselindung dan inginkan Majlis Belia Malaysia turut segala kehendaknya. Berkisar post lepas mengenai Belia 4B, nyata kini mereka menghantar 10 calon untuk bertanding. Ini ada stori sikit pasal Belia 4B, apabila Presiden Belia 4B, Muammar Ghadafi Dato’ Wira Jamaludin, ayahnya merupakan mantan Setiausaha Belia 4B Kebangsaan,mesra di panggil Uncle,mengambil teraju Belia 4B dari Datuk Seri Ali Rustam, beliau telah menggelapkan wang saham Belia 4B ke dalam akaun syarikat abangnya iaitu Cas Maju Holdings.Nama yang terbabit ialah Ghadafi, Roslan Abd Rahim dan Azamuddin Hamzah, mereka telah memperdayakan ahli Belia 4B. Tetapi sehingga kini SPRM tidak ada sebarang tindakan dari mereka terhadap kes ini.Jumlah ini bukan sedikit RM1.5juta lah kawan.Kes pecah amanah namanya..Tunggulah pabila saat itu datang dan kalian pasti persis cacing merah kepanasan nanti.

BUAT KERJA TIDAK,,HAJAT MAHU BERTANDING PILIHANRAYA

Para pemimpin baru belia kini sudah mula pasang angan untuk menjadi calon pilihanraya.Pelbagai usaha dilakukan untuk melobi dan juga bodek membodek telah dilakukan.Ada yang di dalam Majlis Belia mula mengesahkan mereka akan bertanding atas tiket Barisan Nasional. Kebanyakan mereka dari dari Belia 4B dan yang sengit kini antara negeri-negeri sudah mula confirmkan nama mereka naik,semua tidak ikhlas,hanya fikirkan jawatan sahaja, Belia Selangor dan Belia Perak pun sudah mula berangan. Bukan tak boleh bertanding, cuma apakah sumbangan mereka dan apakah perkara yang dilakukan oleh mereka,sedangkan pada masa genting ini calon bukanlah soalnya, cuma berkaliber atau tidak.Yang paling efektif ialah memastikan kemenangan Barisan Nasional.Kerja bukan sekarang baru nak mula,sepatutnya kerja dilakukan 4 tahun lalu dan bukannya sekarang ataupun baru nak mula..Skrg ni heboh Ketua Majlis Belia Negeri Sembilan (wanita) sibuk himpit MB Negeri Sembilan