DAP terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang
dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu
mengalami kekalahan teruk pada pemilihan parti itu.
Menurut Tun Mahathir lagi,strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu
selepas pemilihan sebenar berlangsung hanya bertujuan memperbodohkan
Melayu.
"Ini
bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) betul tetapi apabila DAP mendapati
tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.
"Takkanlah
begitu bodoh sekali sehingga hendak kira undi pun tidak tahu. Kalau dia
(DAP) tidak tahu hendak kira undi, tidak payahlah hendak jadi kerajaan.
"Ini
satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya,
semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta
mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment