Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak
tindakan PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam
apabila buat kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t
digadaikan kepada Kristian.
PAS ternyata terpana dan terkesan bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan
ilmuan agama sama ada yang non partisan mahupun dari dalam PAS sendiri
semakin berani menyatakan kritikan mereka secara terbuka, satu senario
yang langsung tak terjangka oleh pimpinan PAS.
Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit penyokong dan ahli PAS yang
buta hati dan kelam mindanya bangkit merendah-rendahkan kewibawaan
mereka berdua dengan pelbagai komen buruk dan sinis. Pada mereka,
sokongan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap persetujuan
PAS dalam isu kalimah Allah adalah tepat dan tiada salahnya.
Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah malah lebih rendah
daripada Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS terhadap pendirian
dua orang ulama PAS yang jelas bertentangan dengan pendapat songsang
Nik Aziz?
Semua kenyataan di atas merupakan satu tamparan hebat buat PAS khususnya
kepada Nik Aziz yang sebelum ini bersungguh mempertahankan kesediaan
PAS menyokong tuntutan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible versi Bahasa
Melayu.
Jika dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa
Nik Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti
memiliki kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka.
Hatta Ustaz Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan
berlian dengan kaca.
Sunday, 13 January 2013
Saturday, 12 January 2013
“Daripada perspektif Islam, Himpunan Shamsidar bercanggah dengan akhlak agama”
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
(Muafakat), Ismail Mina Ahmad mengatakan bahawa perhimpunan Shamsidar bercanggah
dengan akhlak agama kerana matlamatnya hanya untuk menutup perbuatan
mungkar seorang individu.
“Sekiranya ada perkara yang berkaitan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin, perkara itu perlu diselesaikan melalui proses di mahkamah, bukan di jalanan.
“Daripada perspektif Islam, Himpunan Shamsidar bercanggah dengan akhlak agama seperti yang dilakukan golongan Khawarij yang mahu menobatkan pemikiran mereka melalui proses yang tidak Islamik,
“Sekiranya ada perkara yang berkaitan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin, perkara itu perlu diselesaikan melalui proses di mahkamah, bukan di jalanan.
“Daripada perspektif Islam, Himpunan Shamsidar bercanggah dengan akhlak agama seperti yang dilakukan golongan Khawarij yang mahu menobatkan pemikiran mereka melalui proses yang tidak Islamik,
CALON KETUA PUTERI YANG SOSIAL
Ini sambungan post terdahulu..kalau cakap pasal PUTERI UMNO memang kita akan fikir yang cantik dan muda.Begitu juga lah yang ada dan berlaku di semua bahagian,ada yang nak ambil kesempatan dan ada juga yang masuk Puteri sebab inginkan sesuatu.Glamor memang glamor lah..tetapi imej PUTERI adalah sangat penting apatah lagi mereka adalah sayap wanita.Yang pergi disko dan kelab tu,harap berubahlah.Ini citer masa satu program di Port Dickson,dia ni akan bertanding untuk menjadi Ketua Puteri Bahagian.
Tengah tengah malam boleh keluar jumpa boy friend dengan pakai seluar pendek..selamba je keluar.Ingat la sikit bukan orang tak nampak..banyak mata memandang.Kata nak jadi Ketua Puteri..akhlak kena baik,,jangan lah sosial sangat dan lagi satu..klu jadi pemimpin macam tu..alamatnya anak buah pun akan macam tu,Jagalah anak buah baik baik...kelak ianya akan merosakkan imej Puteri dan juga Parti UMNO sendiri.Bukan senang hendak jadi pemimpin dik oiii..
Wednesday, 9 January 2013
KISAH SKANDAL DALAM PUTERI UMNO
Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusof pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang VIP. Ramai juga Puteri UMNO baik di jawatan tinggi maupun ahli biasa yang gemar berskandal.Budaya ini tidak sihat di dalam Puteri,Sudah tentunya Puteri yang cantik akan menjadi tumpuan apabila Perhimpunan UMNO.
"Saya
berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada
cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan
mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan
diri saya...itulah kata yang pernah dikeluarkan oleh beliau kepada Agenadaily berkaitan VCD kes lucah.
Malah ada juga yang begitu rapat dengan Ketua Bahagian dan juga Pemuda,Alasan untuk menjalankan kerja bersama, Namun hakikiat nya cerita lain pula yang berlaku,Disebabkan perkara ini ramai yang mempunyai masalah dalam rumahtangga mereka....Tunggu skandal terbaru dalam post akan datang..
Tuesday, 8 January 2013
HELAH POLITIK PANCING UNDI MELAYU-TUN M
Perubahan
mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP
merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu
menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13
DAP terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang
dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu
mengalami kekalahan teruk pada pemilihan parti itu.
Menurut Tun Mahathir lagi,strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu
selepas pemilihan sebenar berlangsung hanya bertujuan memperbodohkan
Melayu.
"Ini
bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) betul tetapi apabila DAP mendapati
tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.
"Takkanlah
begitu bodoh sekali sehingga hendak kira undi pun tidak tahu. Kalau dia
(DAP) tidak tahu hendak kira undi, tidak payahlah hendak jadi kerajaan.
"Ini
satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya,
semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta
mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.
Sunday, 6 January 2013
Isu Raja Ropiaah Jejaskan Wanita Umno
![]() |
Raja Ropiaah |
Skandal terbaru adalah perjanjian tanah yang lumayan untuk kemudahan kajian pertahanan yang masih belum dibina oleh firma Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.Isu isu yang dibangkitkan pembangkang tidak boleh dinafikan dapat menjejaskan imej Wanita Umno sendiri, dan kita tahu sokongan kuat Umno datangnya dari kalangan sayap wanita. Jadi, terpulang kepada Wanita Umno untuk berubah untuk menangkis tohmahan ini.
Ramai di luar parti sedang memerhatikan Wanita Umno, dan kerana itu mereka perlu lakukan perubahan untuk memastikan mereka dilihat bersih dari skandal-skandal yang boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang.Raja Ropiaah hanya mendiamkan diri tentang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd yang gagal untuk membina Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta walaupun dia telah menjual tanah kerajaan yang ditukar untuk kos pembinaan.
Wanita Umno sentiasa dipandu kontroversi pada masa lalu tidak seperti Umno dan Pemuda Umno di mana beberapa pemimpin telah diheret untuk rasuah dan malah membunuh. Tan Sri Rafidah Aziz sentiasa dengan dakwaan beliau memberi permit diluluskan (AP) kepada kroninya semasa bertugas sebagai menteri perdagangan antarabangsa yang paling berjaya.
Isu-isu ini boleh digunakan sebagai titik perubahan bagi Umno menjalankan pembaharuan, termasuk menggeluarkan nama tokoh kontroversi dari senarai calon-calon pilihan raya.
Jika Umno benar-benar serius untuk menyelesaikan isu-isu ini, Umno perlu mengambil langkah dengan tidak melantik mana-mana yang terlibat dengan skandal politik sebagai calon pilihan raya akan datang.
Thursday, 3 January 2013
ZAHID SUSUN STRATEGI LAWAN MUHYIDDIN YASSIN
![]() | |
Muhyiddin |
![]() |
Zahid |
Untuk menempatkan kedudukan beliau di nombor 2, Zahid telah menyusun rancangan dan strategi untuk melawan Muhyiddin Yassin. Reputasi Zahid Hamidi kini memampukan beliau berbuat demikian. Muhyiddin juga telah merasakan bahawa kedudukannya rapuh di bawah Najib. Namun begitu beliau juga bimbang akan kedudukannya, masakan boleh beliau menggantikan Najib, itu tidak mungkin berlaku.Jentera Zahid ramai diseluruh negara apatah lagi di Perak. Kita tunggu dan lihat percaturan politik kedua individu ini. Zahid pada zahirnya diatas kertas mampu menggantikan Muhyiddin. Pun begitu bukan sahaja mereka berdua sahaja yang berentap, Hishamuddin juga apa kurangnya untuk merebut kedudukan nombor 2. Pemimpin atasan dan yang berada di parti juga melihat persaingan ini, namun pakatan serta strategi yang benar berkesan dan pengaruh ke akar umbi serta jentera yang kuat pasti memungkinkan semua itu.Najib juga telah mengetahui saingan ini dan sebagai Perdana Menteri,Najib harus berani untuk menentukan siapa di nombor 2.Beliau harus harus mendengar suara di bawah iaitu akar umbi, bahagian,cawangan dan mereka yang benar benar boleh berfikir dan merancang di luar kotak pemikiran.Kita harus sedar bahawa politik kini sungguh berbeza dengan politik era Tun Mahathir dan juga era Pak Lah.Apa saja keputusan dan rancangan mereka semua nanti haruslah berpaksikan dengan jujur serta amanah dan juga jangan sampai menghancurkan parti dan kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)