Kekalahan calon Umno pada pilihan raya umum lepas adalah kerana
faktor sabotaj di kalangan ahli parti yang turut menjadi antara punca
yang menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dua
pertiga, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
“Inilah maklum balas yang saya terima berdasarkan tinjauan saya ke 80
peratus tempat di Malaysia ini termasuk kawasan (dilabelkan) “hitam
mahu pun putih”.
“Janganlah ada sabotaj lagi. Kita perlu dahulukan parti dan bukannya
kepentingan periuk nasi sendiri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Jelasnya ada tiga faktor wujudnya virus sabotaj ini iaitu sabotaj
kerana tidak suka kepada calon yang dipilih, sabotaj kerana tidak
dicalonkan dan sabotaj kerana tidak setia kepada parti dan tiba-tiba
ingin keluar dari parti.
Pemahaman bagi tiga faktor itu adalah, “Sebagai ahli parti, kita kena
setuju pada calon yang dipilih, kena setia pada parti. Jangan ada
budaya pangkah calonikut kaum sahaja sebab kita 1Malaysia.
“Kalau tidak jadi calon, banyak lagi rezeki dan tidak salah untuk
terus menyokong kepimpinan tanda taat setia kepada perjuangan parti,”
katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata
oleh yang demikian, perhimpunan agung Umno nanti perlu dijadikan medan
pertempuran terakhir dan digunakan sebaik-baiknya oleh anggota Umno
untuk menghapuskan terus virus sabotaj daripada terus menular di dalam
parti yang menyatukan kaum Melayu ini.
Beliau turut mendedahkan majoriti perwakilan pada perhimpunan itu
adalah’winnable candidate’ atau “calon boleh menang” dan juga boleh
menjadi ‘pembawavirus sabotaj’.
Ahmad percaya perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) di sini yang bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini sebagai
persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti.
No comments:
Post a Comment