Kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang
merupakan amanat utama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua
perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umnno 2012.
Dalam Taklimat Presiden sempena perhimpunan agung ke-66 itu, Najib
mengingatkan perwakilan supaya bekerja keras dan lebih agresif dalam
memenangi sokongan rakyat.
Aspek kesatuan turut diberi penekanan untuk memastikan parti terus mantap dan berjaya pada pilihan raya umum nanti.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Perdana Menteri
menekankan supaya kesiapsiagaan parti terus kekal dan mantap dalam
menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Najib menasihati semua yang hadir supaya bersatu dan tampil
sebagai satu pasukan yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang
kemungkinan demikeutuhan parti.
"Semua anggota serta perwakilan perlu faham dan sedar peranan
masing-masing dan tidak terhenti di situ sahaja. Perlu ada kesinambungan
dalam perjuangan demi mengangkat martabat bangsa dan negara kerana
menang atau kalah parti bergantungkepada semangat satu padu semua kaum
dalam parti," katanya.
No comments:
Post a Comment