Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum
akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia
sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Bercakap dalam satu temu bual dengan ‘CNBC Conversation’ yang
dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui
Astro CNBC (Saluran 518) pada Sabtu, Najib berkata, tempoh lima tahun
akan datang adalah sangat penting bagikerajaan untuk menunaikan janji
dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpinterdahulu kepada negara.
“Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai
visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun
akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda
bercakap mengenai pusingan akhir.
“Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian
paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya,”
katanya.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung betapa
pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan juga kepentingan
bagi mendapat mandat semula terutama bagi mentransformasikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Najib berkata, transformasi adalah komitmen tegas yang dibuat bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90an dengan Tun
Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan sebahagian daripadanya, dan kini
giliran beliau untuk menunaikannya.
Menjawab satu soalan, Najib, yang juga Menteri Kewangan, bersetuju
bahawa mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif tanpa
menjejaskan terlalu banyak landskap politik adalah satu daripada cabaran
untuk menjadi sebuah negara maju.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kunci untuk menjadikan masyarakat
lebih saksama adalah dengan mendapatkan pertumbuhan bagi mengagihkan
semula hasil pendapatan itu kembali kepada rakyat.
Tanpa pertumbuhan, ia menjadi satu keadaan hilang-hilang. Jadi jika
kita mendapat lima hingga enam peratus dalam tempoh masa itu, maka kita
akan dapat pada masa yang sama, memastikan pengagihan kekayaan yang
lebih adil dan saksama dalam negara ini.
Dalam temu bual setengah jam itu, Najib berkata usaha (untuk menjana
pertumbuhan) itu dapat dilaksanakan dan jumlah itu kelihatan lebih
positif terutama dengan penyertaan Bumiputera.
“…tapi ia bukan hanya mengenai jumlah ekuiti. Kita juga perlu
memastikan bahawa ada pengagihan pendapatan yang adil antara pelbagai
tahap pendapatan dalam negara ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment