KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil, mengingatkan semua terutama pemimpin
pembangkang supaya bertanggungjawab terhadap generasi muda dan tidak
membuat provokasi atau mengajar peradaban yang liar dan bukan menjadi
naluri atau budaya rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional Malaysia menyatakan
bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib merupakan seorang pemimpin
negara yang bertimbang rasa, berwibawa serta membawa kepimpinan
demokratik untuk kebaikan semua.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat agar tidak melakukan
sebarang aktiviti di luar batasan yang boleh menjejaskan wawasan dan
visi beliau dalam mempertahankan demokrasi dan keamanan negara.
“Saya merasa amat kesal dengan tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai badan bebas (civil society) yang
tampil dengan perlakuan provokasi yang tidak bertamadun seperti ini”,
katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Tegas beliau lagi sebagaimana mereka menuntut Perdana Menteri untuk
memikul tanggungjawab untuk segala hal berkaitan politik, maka
pemimpin-pemimpin kumpulan ini juga seharusnya melakukan perkara yang
sama dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment