Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO sudah memberikan perkhidmatan kepada rakyat sejak dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik.
“Politik wanita adalah politik untuk rakyat, untuk bersama rakyat, untuk bantu mereka yang perlukan bantuan, perkara ini bukan baru, sudah lama kita lakukan sejak dahulu lagi, itulah perjuangan wanita sehingga kini membela rakyat.
“Perjuangan kita bukan retorik, perkhidmatan kepada rakyat adalah menjadi sasaran, kita bukan politik buat janji, kita akan turun ke bawah dari rumah ke rumah cari apa masalah yang mereka hadapi dan salurkan kepada pihak terbabit untuk ambil tindakan segera,” katanya selepas menyertai program amal Salam Sayang bersama Skuad Sayang Perak.
Program amal Salam Sayang adalah kesinambungan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Skuad Sayang yang bukan sahaja tertumpu kepada untuk menyampaikan bantuan ketika musibah malah turut melakukan kerja- kerja amal termasuk mengecat rumah milik warga emas.
Shahrizat berkata program Salam Sayang Waniita UMNO dijalankan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sawarak, ia bukan sahaja dilakukan oleh Wanita UMNO malah turut dilaksanakan oleh Wanita Barisan Nasional seperti di Sarawak.
Dato’ Sri Shahrizat bersama Dato’ Kamila
Ibrahim turut membantu mengecat rumah Puan Hamisah dalam Program Salam
Sayang yang dijalankan di Kampung Sayong Lembah semalam.
“Kerja yang dilakukan itu bukannya bermusim, sudah lama kita lakukan kerja-kerja ini, kita tak minat buat kerja hanya untuk buat slogan, kita buat ikhlas untuk bantu bukannya hanya cakap dan berjanji sahaja tapi tidak dibuat,” katanya.
Menurutnya, tidak guna membuat janji atau hanya pandai bercakap sahaja sedangkan rakyat ternanti-nanti apa yang dikatakan terutama di kalangan yang benar-benar memerlukan bantuan, sebab itu Skuad Sayang diarah supaya mendekati rakyat.
No comments:
Post a Comment