Monday 30 January 2012



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu aka Mat Sabu tak mahu komen banyak isu Akta Universiti dan Kolej Universiti babitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Bila diminta komen kenyataan Prof Dr Aziz Bari supaya Azizan dikenakan tindakan kerana mempertahankan AUKU di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang bercangah dengan manifesto Buku Jingga, ini jawapan beliau, “kita tengoklah dalam mesyuarat akan datang, kalau ada bangkit (isu), kita bincang”.
Dalam pada itu, Azizan bukan sahaja lebih tegas mempertahankan AUKU, malah kenyataan terbaru selepas menyifatkan Buku Jingga bukan Al-Quran adalah kesediaan beliau dipecat.
Dengan perkataan lain, beliau enggan menghiraukan pandangan pihak lain, termasuk dari partinya sendiri – PAS – bahawa semangat AUKU kini sudah lapuk dan harus dimansuhkan. PAS, dan sekutu dalam pembangkang.
Pembangkang  dalam manifesto Buku Jingga  berjanji  bahawa AUKU akan dihapuskan jika berjaya menawan Putrajaya.
Kesediaan Azizan bersedia dipecat dari kedudukan Menteri Besar kerana yakin AUKU mestilah digunakan untuk menyaring disiplin pelajar menyebabkan pemerhati politik kini tertunggu-tunggu apakah reaksi PAS terhadap keengganan Azizan memihak pemansuhan AUKU.
Azizan juga  enggan menarik balik hukuman menggantung lima pelajar KUIN yang dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin 25 Mei 2011 kerana melanggar AUKU dengan terbabit dalam tunjuk perasaan memprotes keputusan KUIN mahu menjadikan bangunan tahfiz menjadi sekolah bestari.
Sikap Azizan ternyata  tegas dan berani.
Suara penentangan sama seperti bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang sudah dipecat dari parti kerana dianggap mengaibkan PAS.
Sebenarnya, corak kepinpinan Azizan di Kedah mahupun dalam parti di negeri itu dilihat ada perbezaan dengan Kelantan atau negeri dikuasai pembangkang.
Malah, Azizan banyak buat ‘tak reti’ saja apa kritikan dalaman dan tindak tanduknya jelas tidak disenenangi PKR dan DAP di negeri tersebut.
Bagaimanapun, bukan mudah PAS mahu mengambil tindakan terhadap Azizan kerana beliau bukan kecil anak dalam parti.
Ini jelas dalam beberapa isu babitkan kepentingan DAP dan PKR di Kedah, Azizan tidak pernah mengalah.
Apapun, perkembangan ini pastinya menarik menjelang PRU ke 13.
Apakah PAS mahu mengorbankan Azizan demi mempertahankan Buku Jingga yang sama-sama parti itu persetujui dengan DAP dan PKR?
Atau mereka mahu menunduh Azizan jadi alat UMNO – alasan sering mereka labelkan pada sesiapa sahaja pemimpin yang mengeluarkan kenyataan menentang pembangkang?
Azizan dan Dr Hasan bukan ahli biasa yang PAS boleh perkecilkan.
Walaupun sudah dipecat dan PAS kata tidak tergugat, namun road show Dr Hasan menjelaskan isu parasit dalam parti dan usaha memurtadkan orang Islam terus jadi tumpuan.
Cuma ramai nak tunggu kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam isu ini.
Seperti di Selangor, Azmin lantang mengkritik kenyataan Dr Hasan yang secara peribadi tidak menyokong orang ramai berhimpun pada 9 Januari lalu di Mahkamah Jalan Duta menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin mahu PAS mengambil tindakan dan dua hari selepas itu Dr Hasan dipecat. Beranikah Azmin mempertahankan Buku Jingga dan desak PAS ambil tindakan terhadap Azizan?-

Hadi Perlu Insaf

Kenyataan Pemimpin PAS yang mengumumkan penarikan diri dari bertanding di PRU 13 adalah merupakan satu gimik jahat oleh pemimpin PR.
Jelas mereka tidak ada pendirian, yang HARAKAH ASYIK PUTAR BELIT CITER..apa pulak dengan pemimpin PKR yang lain..jangan tuding orang lain pada hal sama aje...terutamanya di Ampang

Sunday 29 January 2012

Pembangkang fitnah BN tidak bantu rakyat - Noh


TANJONG KARANG 29 Jan. - Rakyat diingatkan agar tidak terjerat dengan tuduhan-tuduhan pakatan pembangkang, kononnya Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan apa-apa untuk membantu meninggikan taraf hidup masyarakat semua kaum di negara ini.
Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ingatan itu diberikan ekoran tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas ketika ini cuba mengelirukan rakyat dengan melemparkan tohmahan dan serangan terhadap program serta skim-skim bantuan kerajaan.
Beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang itu hanya satu helah untuk memburuk-burukkan kerajaan pimpinan BN, selain menyemai politik kebencian dalam kalangan rakyat terhadap kepimpinan negara.
"Kita lihat menerusi laporan media propembangkang, mereka sering membuat tuduhan tertentu, seperti kerajaan tidak bantu rakyat, bantuan yang diberikan kepada rakyat hanya untuk pilihan raya dan sebagainya.
"Namun, hakikatnya sepanjang 55 tahun memerintah, kerajaan BN telah banyak menyalurkan bantuan sebagai satu usaha dan tanggungjawab kerajaan untuk membangunkan, meninggikan taraf hidup dan mengurangkan beban rakyat sehingga ke hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) Peringkat Negeri Selangor di sini, hari ini.
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pakatan pembangkang hanya tahu bercakap dan membuat janji sahaja.
Sebaliknya, beliau berkata, apabila rakyat menikmati hasil daripada pengurusan kewangan dan pentadbiran negara di bawah BN menerusi program-program, bantuan yang disediakan, mereka bertindak mengelirukan rakyat.
Tambah Noh, usaha kerajaan pimpinan BN membantu rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilihat apabila 100,000 keluarga seluruh negara daripada semua kaum dan berpendapatan rendah akan menikmati hasil daripada pendapatan pelaburan saham amanah di bawah Sara 1Malaysia.
Katanya, di bawah skim berkenaan, kerajaan menanggung RM100 juta kos faedah bagi pinjaman RM5,000 yang berikan kepada setiap mereka yang layak bagi tempoh lima tahun.
"Hasil daripada pinjaman pelaburan itu, mereka yang layak akan menerima pulangan RM13,000 dalam tempoh lima tahun. Mereka juga tidak perlu tanggung kadar faedah daripada pinjaman, inilah bukti kerajaan untuk membantu dan mendahulukan rakyat," jelasnya.
Pada masa yang sama, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang turut menyatakan, banyak lagi bantuan-bantuan yang disediakan kerajaan seperti bantuan persekolahan RM100, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan sebagainya.
"Bantuan tersebut diberikan kepada semua kaum atas dasar prinsip Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Inilah pendirian pentadbiran di bawah BN yang melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat.
"Banyak lagi bantuan yang kerajaan berikan, tetapi rakyat tidak menyedarinya, seperti subsidi dan sebagainya. BN bukan seperti pembangkang yang bersifat seperti ayam yang 'telur sebiji, riuh sekampung'," katanya.