Tuesday 30 October 2012

Persidangan UMNO 2012 Jadi Tumpuan Luar Biasa Menjelang PRU-13

Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar  amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000 pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan parti dominan Melayu itu.
“Tahun lepas seramai 1,700 wakil media dari dalam dan luar negara telah membuat liputan sepanjang perhimpunan dan tahun ini kita jangka kira-kira 2,000 orang dari kalangan media akan terlibat,” katanya pada Mesyuarat Penyelarasan Media.
Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Seminar Penerangan Perdana pada 24 Nov yang akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti Forum Antarabangsa Ketiga pada 26 hingga 27 Nov yang bakal dihadiri perwakilan dari 27 negara termasuk dari rantau Asean, Asia, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Palestin.
“Jumlah penyertaan antarabangsa bagi forum ini merupakan pengiktirafan pada pucuk pimpinan parti,” kata Abdul Rauf.
Majlis Taklimat Presiden pada 27 Nov yang akan diadakan secara tertutup antara yang dinantikan anggota perwakilan apabila Najib dijangka memberi amanat kepada jentera perang UMNO yang bakal menuju ‘ibu segala pilihan raya’ tidak lama lagi.
Pada hari sama, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012 akan diadakan di Dewan Merdeka, sebelum Perhimpunan Agung bagi ketiga-tiga sayap parti itu, pada keesokannya.
Perhimpunan Agung UMNO 2012 dimulakan secara rasmi pada 29 Nov dan berlangsung sehingga 1 Dis dengan pelbagai isu politik, ekonomi, pendidikan dan agama dijangka dikupas para anggota perwakilan.

Friday 26 October 2012

BERSAMA MENJUNJUNG HASRAT SEMUA


Elok juga jika BN umumkan calon untuk PRU13 lebih awal kerana sekurang-kurangnya calon boleh membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi pilihanraya 13.
Bagi yang tidak dicalonkan sudah pasti akan cuba memboikot dan sebagainya tetapi jika masa masih panjang boleh UMNO mengambil tindakan terhadap mereka yang memboikot.

Tengku Adnan
Samada umum calon awal atau saat-saat akhir sudah pasti akan ada pemimpin yang cuba boikot cuma jika masa masih panjang bolehlah pihak yang bertanggungjawab turun padang dan lihat sendiri dan atasi.

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.

Tengku Adnan berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.

Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.

"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.

"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.

"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan.

"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya.

Wednesday 17 October 2012

Siasat Secara Adil, Menyeluruh Tanpa Dipengaruhi Hujah Pembangkang - NFCorp

Peguam Negara digesa menjalankan siasatan secara adil dan menyeluruh terhadap dakwaan berlakunya perlanggaran dalam National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).
Pengerusi NFCorp Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail berkata siasatan juga perlu dibuat tanpa dipengaruhi hujah-hujah politik pembangkang.
"Kami menggesa Peguam Negara untuk bertindak adil dan tidak terpengaruh dengan hujah-hujah politik pembangkang, serta menjalankan penyiasatan berdasarkan fakta-fakta yang telah diusulkan oleh Ketua Audit negara di dalam Laporan 2010 beliau," katanya menerusi satu kenyataan media.
Kenyataan dibuat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkaitan NFCorp yang menyatakan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji kemungkinan untuk mengambil tindakan sivil terhadap NFCorp.
Dr Mohd salleh turut meminta Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap perlanggaran pertama yang didakwa dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selepas penangguhan dilakukan terhadap pembinaan Pusat Penyembelihan Berkualiti Eksport (Export Quality Abattoir - EQA) yang mampu menyembelih 350 ekor lembu sehari.
"Penangguhan ini telah memberi impak terhadap jumlah pengeluaran daging lembu, penangguhan terhadap pembinaan kemudahan-kemudahan berkaitan seperti kilang makanan ternakan dan loji bio gas," katanya.
Beliau berkata penangguhan terhadap Entrepreneur Development Programme (EDP) juga memberi kesan kerana ia turut bergantung kepada EQA.
Menurut laporan audit negara, kerajaan sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap NFCorp untuk mendapatkan kembali pinjaman mudah bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat tersebut.
Selain itu, projek tersebut yang dijalankan di Gemas, Negeri Sembilan juga sedang dikaji semula oleh kerajaan.
Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur telah menetapkan 5 November ini sebagai tarikh perbicaran terhadap Dr Mohamed Salleh yang didakwa atas empat kesalahan rasuah melibatkan RM50 juta wang NFCorp.

Monday 15 October 2012

Ranjit si peguam Rafizi londeh seluar di mahkamah



Kes mahkamah terkini yang sedang hangat adalah membabitkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
bersama bekas Pengarah Strategik PKR,Rafizi dan Zuraida ( Ahli Parlimen Ampang) telah bersidang
semula  pada 15hb Oktober 2012 di Mahkamah Kuala Lumpur,Jalan Duta.
Hampir 100 penyokong Shahrizat hadir memberi sokongan. Ternyata peguam Rafizi ,iaitu si benggali yang bernama Ranjit Singh tidak mempunyai fakta terhadap kes ini dan terpaksa melondehkan seluar di mahkamah dan berniat jahat yang sememangnya menyimpang  daripada asas perbicaraan.
Si Ranjit ini cuba memerangkap dengan soalan yang ingin menjatuhkan imej Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri yang berkaliber,Ranjit sentiasa bertanya soalan yang mengarut dan tidak ada modal untuk bertanyakan soalan.Ranjit sengaja menggunakan video ucapan Shahrizat pada perhimpunan Wanita UMNO lalu yang mana mengutuk pembangkang dan cuba memutarbelit ucapan beliau sebagai ancaman kepada Rafizi dan Zuraida.Ini politik itu berbentuk dijadikan ancaman hilang akal oleh Ranjit. Lucu nyer perkataan "Jambu" diformalkan sendiri oleh Ranjit dan bermati-matian menyerang Shahrizat , yang memaksa Shahrizat untuk mengkhususkan perkataan itu untuk Rafizi,Namun Shahrizat menjawab bahawa banyak yang didalam pembangkang semua 'jambu' sebab itu ketua parti PKR suka 'jambu.'
Setelah banyak kali memutar belit fakta, Tuan Yang Amat Arif Vazeer Alamn Mydin Meera  menegaskan kepada Ranjit supaya berbalik kepada persoalan asas, dan jangan sengaja "establish"kan couses lain.Bererti sengaja membuat andaian untuk menwujudkan isu-isu baru yang bertujuan untuk menyimpang dan memburukan Shahrizat.Ini jelas menunjukkan si Ranjit ini tidak mengikut afidavit perbicaraan. Mahkamah akan bersidang kembali pada Mac 2013.

Thursday 11 October 2012

Wakil Rakyat BN Sedia Turun Padang Dedah Kelemahan Belanjawan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini berkata mereka akan turun padang untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai apa yang disifatkan sebagai penipuan yang terkandung dalam belanjawan alternatif pihak pembangkang.
Dalam satu sidang media khas di Parlimen, wakil rakyat itu berkata mereka berasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa janji-janji pembangkang dalam belanjawan itu tidak langsung membela rakyat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
“Banyak perkiraan yang begitu mudah pun mereka (pembangkang) boleh salah. Janji mereka langsung tidak disertakan dengan sumber kewangan,” kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan meminta kerajaan supaya tidak menunggu lebih lama untuk tampil menjelaskan kepada rakyat kelebihan Belanjawan 2013 yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini berbanding belanjawan pembangkang itu.
Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan berkata belanjawan pakatan pembangkang adalah tidak bertanggungjawab dan, berbeza dengan kerajaan, ia tidak memberi alternatif berhubung isu hutang negara.
“Kerajaan ketika ini telah pun mempunyai pelan untuk menghadapi hutang, tetapi tidak bagi mereka. Saya sendiri didatangi pihak industri kecil sederhana yang merayu supaya pembohongan pembangkang dihentikan kerana boleh menyebabkan industri mereka lingkup.
“Keyakinan pelabur boleh jatuh dengan belanjawan mereka ini yang kononnya mampu tampung hutang negara walhal (ia) tidak mampu berbuat demikian,” katanya.

Tuesday 9 October 2012

RAFIZI DAN ZURAIDA BAWAK GENG GRO KE MAHKAMAH HARI INI

Kali ini Mak Lampir (Zuraida) dan Si Bodoh (Rafizi) berjaya jugak datang ke mahkamah hari ini,Tapi kedatangan mereka bukan berdua,kali ini bawak geng-geng gro depa. Memang Zuraida dan Rafizi dah berpakat untuk bawak geng ni.Takut lah katakan.Satu lagi, bila ada geng ni baru datang semangat dan tak lah gemuruh sangat nak berdepan di mahkamah dan jugak nak dapat lah moral support.

Pas tu sanggup bayar budak-budak gro ni pakai T-Shirt yang bertulis " UMNO MAFIA ".Pelik lah dan serius tak faham cara politik tak bertamadun dan kebudakan ni.Semua orang yang disalahkan,semua pihak yang menjadi mangsa fitnah apatah lagi Umno.Asal Umno je semua salah,tapi depa lagi teruk beruk dari Umno.
Kes hari ini, peguam Rafizi,Ranjit masih lagi kantoi dan tidak dapat mengaitkan fakta spouse liability . Si Ranjit bongok ni masih lagi memutar belitkan fakta dan langsung tidak menumpukan kepada asas kehakiman, dah lah loyar buruk..idea,cara,lengok semua dah nampak kantoi tak buat banyak homework.Dia pun tahu kes Rafizi ni tak leh pergi,nak wat macam ner,,tebalkan muka aje, janji masyuk pas ni kalah tetap kalah..Nantilah payment dari geng geng Mak Lampir, Rafizi dan Anuar Ibrahim.


Sunday 7 October 2012

Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin Hina Mahkamah

Ternyata helah mereka berdua sudah dibaca, Rafizi dan juga Zuraida gagal menghadirikan diri mereka ke mahkamah sebentar tadi bagi kes mereka bersama Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Shahrizat

Terdengar suara suara berbisik mengatakan Rafizi tak ada telur, telur apa aku tak tahu lah.. dan Mak Lampir ni,yang diberi nama Zuraida Kamaruddin,,,ahli parlimen Ampang ekk..(seorang ahli Parlimen boleh wat cam bodoh je kat mahkamah,kalau dah memerintah macam mana agaknya,,hancur Malaysia,,habislah ko..)dia ni bukan orang Malaysia..jiwa dia di Singapore,jadi memanglah nak sayangkan Malaysia tu tak da harapan lah. agaknya naik jet peribadi ke Melbourne. Itu kata yang didengar tatkala menanti mereka di mahkamah.


Bagi pendapat aku, Rafizi dan Zuraida ini dah hilang modal dan kering idea bagaimana nak putar belitkan fakta..Itu lah lain kali nak buat sesuatu kena ada fakta dan bukti kukuh,jangan duk cari salah orang tapi tak pandai nak cover badan masing masing.

Kita tengok apa lagi helah dan lakonan mereka berdua ni.

ISH..ISH ISH

Provokasi tidak bertamadun, pemimpin pembangkang mesti bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mengingatkan semua terutama pemimpin pembangkang supaya bertanggungjawab terhadap generasi muda dan tidak membuat provokasi atau mengajar peradaban yang liar dan bukan menjadi naluri atau budaya rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional Malaysia menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib merupakan seorang pemimpin negara yang bertimbang rasa, berwibawa serta membawa kepimpinan demokratik untuk kebaikan semua.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat agar tidak melakukan sebarang aktiviti di luar batasan yang boleh menjejaskan wawasan dan visi beliau dalam mempertahankan demokrasi dan keamanan negara.
“Saya merasa amat kesal dengan tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai badan bebas (civil society) yang tampil dengan perlakuan provokasi yang tidak bertamadun seperti ini”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Tegas beliau lagi sebagaimana mereka menuntut Perdana Menteri untuk memikul tanggungjawab untuk segala hal berkaitan politik, maka pemimpin-pemimpin kumpulan ini juga seharusnya melakukan perkara yang sama dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang telah berlaku.

Najib Harap Dapat Mandat Besar Dalam PRU-13

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Bercakap dalam satu temu bual dengan ‘CNBC Conversation’ yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) pada Sabtu, Najib berkata, tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagikerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpinterdahulu kepada negara.
“Saya ingin mendapat mandat yang besar, Martin, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.
“Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya,” katanya.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan berhubung betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan juga kepentingan bagi mendapat mandat semula terutama bagi mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Najib berkata, transformasi adalah komitmen tegas yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90an dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan sebahagian daripadanya, dan kini giliran beliau untuk menunaikannya.
Menjawab satu soalan, Najib, yang juga Menteri Kewangan, bersetuju bahawa mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif tanpa menjejaskan terlalu banyak landskap politik adalah satu daripada cabaran untuk menjadi sebuah negara maju.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kunci untuk menjadikan masyarakat lebih saksama adalah dengan mendapatkan pertumbuhan bagi mengagihkan semula hasil pendapatan itu kembali kepada rakyat.
Tanpa pertumbuhan, ia menjadi satu keadaan hilang-hilang. Jadi jika kita mendapat lima hingga enam peratus dalam tempoh masa itu, maka kita akan dapat pada masa yang sama, memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama dalam negara ini.
Dalam temu bual setengah jam itu, Najib berkata usaha (untuk menjana pertumbuhan) itu dapat dilaksanakan dan jumlah itu kelihatan lebih positif terutama dengan penyertaan Bumiputera.
“…tapi ia bukan hanya mengenai jumlah ekuiti. Kita juga perlu memastikan bahawa ada pengagihan pendapatan yang adil antara pelbagai tahap pendapatan dalam negara ini,” katanya.

Usaha Kerajaan Banteras Rasuah Tunjuk Hasil Positif – TPM

Inisiatif utama dilaksanakan Malaysia bagi membanteras rasuah menunjukkan hasil positif dan ketara selain berkesan memenangi hati dan fikiran rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata tinjauan Transparency International pada 2011 menunjukan bahawa 49 peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat usaha kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan, berbanding hanya 29 peratus pada 2009.
“Saya yakin, jika diberikan masa, Malaysia akan berjaya dalam perang menentang rasuah, dan menambah baik persepsi awam terhadap usaha kerajaan mencegah rasuah,” katanya semasa berucap pada penutupan Mesyuarat Agung dan Persidangan Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 di Kuala Lumpur, hari ini.
Antara inisiatif dan perubahan diperkenalkan kerajaan ialah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, mahkamah khas rasuah, pelaksanaan Integrity Pact, ikrar Integriti Korporat dan pangkalan data ‘Name and Shame’.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, presiden IAACA Prof Cao Jianming, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohammed.
Muhyiddin berkata kerajaan telah memperuntukkan RM276 juta dalam Belanjawan 2013 yang baru dibentangkan untuk SPRM melaksanakan tugasnya.
Beliau berkata rasuah adalah bencana global yang boleh merosakkan negara miskin atau kaya, menjejas komitmen untuk memelihara dan mengekalkan kemakmuran ekonomi dan sosial.
Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri menggesa kerajaan negara-negara anggota IAACA agar terus bekerjasama terutama dalam memperkongsi pengalaman dan amalan terbaik bagi memudahkan pembinaan kapasiti lebih besar dalam usaha memerangi rasuah dengan lebih berkesan.
“Tentu sekali dalam dunia bersifat global ini kita tidak dapat memerangi rasuah cara bersendirian,” kata beliau.
Beliau berkata, pembangunan pesat teknologi dan komunikasi moden kini menyumbang kepada aktiviti rasuah yang lebih canggih.
Muhyiddin berkata kerjasama antarabangsa seperti itu adalah perlu demi mempertingkat keupayaan dan kemampuan badan anti-rasuah agar para pegawainya dilengkapi kemahiran, pengetahuan dan teknologi paling berkesan bagi menghapus rasuah.
Beliau mengambil perhatian bahawa Deklarasi Kuala Lumpur 27-Perkara yang diterima sebulat suara oleh peserta persidangan merupakan pencapaian penting dalam usaha bersama menangani ancaman rasuah.

Strategi DAP halau Melayu dari Pulau Pinang

Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.
Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.
Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus). Hasil kajian membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.
Strategi disusun kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.
“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?
“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?
“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang?
Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.
Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.
Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.
Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Politik Wanita UMNO Beri Perkhidmatan Bukan Politik Retorik

KUALA KANGSAR – Perjuangan politik Wanita UMNO adalah politik untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat bukannya politik yang hanya pandai bercakap dan membuat janji.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO sudah memberikan perkhidmatan kepada rakyat sejak dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik.
“Politik wanita adalah politik untuk rakyat, untuk bersama rakyat, untuk bantu mereka yang perlukan bantuan, perkara ini bukan baru, sudah lama kita lakukan sejak dahulu lagi, itulah perjuangan wanita sehingga kini membela rakyat.
“Perjuangan kita bukan retorik, perkhidmatan kepada rakyat adalah menjadi sasaran, kita bukan politik buat janji, kita akan turun ke bawah dari rumah ke rumah cari apa masalah yang mereka hadapi dan salurkan kepada pihak terbabit untuk ambil tindakan segera,” katanya selepas menyertai program amal Salam Sayang bersama Skuad Sayang Perak.
Program amal Salam Sayang adalah kesinambungan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Skuad Sayang yang bukan sahaja tertumpu kepada untuk menyampaikan bantuan ketika musibah malah turut melakukan kerja- kerja amal termasuk mengecat rumah milik warga emas.
Shahrizat berkata program Salam Sayang Waniita UMNO  dijalankan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sawarak, ia bukan sahaja dilakukan oleh Wanita UMNO malah turut dilaksanakan oleh Wanita Barisan Nasional seperti di Sarawak.

Dato’ Sri Shahrizat bersama Dato’ Kamila Ibrahim turut membantu mengecat rumah Puan Hamisah dalam Program Salam Sayang yang dijalankan di Kampung Sayong Lembah semalam.
“Semua anggota Skuad Sayang sudah diberi taklimat mengenai program Salam Sayang itu, mereka diarah supaya pergi ke setiap rumah untuk mendapatkan dan mencari maklumat bagi membanut mereka yang memerlukan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan.
“Kerja yang dilakukan itu bukannya bermusim, sudah lama kita lakukan kerja-kerja ini, kita tak minat buat kerja hanya untuk buat slogan, kita buat ikhlas untuk bantu bukannya hanya cakap dan berjanji sahaja tapi tidak dibuat,” katanya.
Menurutnya, tidak guna membuat janji atau hanya pandai bercakap sahaja sedangkan rakyat ternanti-nanti apa yang dikatakan terutama di kalangan yang benar-benar memerlukan bantuan, sebab itu Skuad Sayang diarah supaya mendekati rakyat.