Tuesday 26 February 2013

MELAYU DI PINGGIR BILA 'DATUM JELATEK' DILAKSANAKAN

Himpunan Bantah Datum Jelatek 1.0 mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan projek super mewah di bawah kelolaan yang telah dirancang sejak tahun 2010 itu.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek Saleh Samad, 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di bekas tapak pangsapuri kos rendah tersebut telah dijanji untuk diberikan kepada bumiputra kini peruntukan tersebut tiada lagi.

Dua blok (Tower B dan D) telah dijual kepada pelabur China melalui konsultan di Singapura,
Demonstrasi tersebut turut disertai 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan tapak projek Datum Jelatek Mereka kemudiannya berarak ke Bilik Pameran projek tersebut di kawasan berhampiran.
Dalam pada itu Saleh turut menjelaskan, kesemua penduduk terlibat akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar, PKNS, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Y.A.M Sultan Selangor untuk menghentikan projek tersebut.

Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS.
Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.

Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .

PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki.
Tindakan PKNS dilihat seperti 'menghukum' penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu

Wednesday 20 February 2013

DR HARUN DIN DAN DR HASSAN ALI BERGABUNG DI PRU13

Harun Din

Hassan Ali
Timbalan Mursyidul Am Pas Dr. Haron Din terus mempertahankan kalimah Allah sehingga akhir hayatnya tanpa memikirkan lagi mengenai parti PAS yang ingin berkuasa memerintah Malaysia. Melihat kepada keadaan ini Dr. Haron Din akan meninggalkan PAS kerana hala tuju PAS kini telah terpesong jauh daripada matlamat asal selepas bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan parti liberal PKR.

Dr. Haron Din baru-baru ini yang berceramah di Taiping Perak sekali lagi menegaskan akan mempertahankan Kalimah Allah sehingga akhir hayatnya.

Dr. Hassan Ali yang merupakan bekas EXCO Selangor dan kini Presiden NGO Jati pastinya gembira dengan tindakan Dr. Haron Din dan kemungkinan besar Dr. Haron Din akan bergabung bersama-sama Dr. Hassan Ali bagi mempertahankan agama Islam daripada dilacurkan oleh PAS.

Dato' Harun Taib dan Ustaz Nasha juga bakal mengikut jejak Dr. Haron Din meninggalkan PAS setelah kecewa dengan Presiden PAS yang tidak mampu mempertahankan Kalimah Allah.

Tuesday 12 February 2013

Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR

PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN.

Monday 11 February 2013

Apakah Tujuan Anwar Bertemu Dengan Musa Hassan

Anwar Ibrahim
Berita mengenai bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. Musa sebelum ini telah menarik samannya terhadap Anwar berhubung satu laporan polis dibuat Anwar kononnya Musa telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Ketua Umum PKR itu.
Penarikan balik saman oleh Musa tanpa atas kehendak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya atas kerelaan Musa menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ada yang berpendapat Musa menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis yang penuh berkuasa dulu.
Tidak kurang juga ada yang beranggapan Musa telah menemui petunjuk baru dan ada juga yang menghitungkan penarikan balik saman itu kerana ada undang di sebalik batu.
Musa cuba telah menjelaskan ia adalah atas kerelaan dan bukan bermotif politik. Tetapi para pemerhati dan penganalisa berpolitik tetap beranggapan kerelaaan Musa untuk berbaik dengan Anwar itu tetap ada motifnya. Justeru Anwar diharap agar berwaspada dan tidak mudah tidur dalam perut Musa.
Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik.

Khabarnya, Anwar telah meminta Musa membuat kenyataan akhbar tentang pengakuan itu tetapi Musa enggan. Kenapa enggan?  Sekiranya Musa ikhlas untuk berbaik dengan Anwar dan insaf atas apa-apa kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar sebelum ini Musa tidak perlu malu-malu untuk membuat penjelasan kepada umum.

Disebabkan pertemuan dan perbincangan itu sudah berlaku, sudah pasti Anwar ada 'rancangan' ke atas pertemuan itu dan suatu hari beliau akan jelaskan juga melainkan keduanya ada persefahaman (kontrek) untuk tidak saling menjelaskan isi pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain satu maklumat dari seorang bergelar Datuk yang ada pertalian dengan seorang Menteri Besar menyebut, ada usaha dipihak Umno untuk mempertemukan Anwar dengan Mahathir Mohamad. Pertemuan itu akan berlaku di luar negara. Apakah sikap 'tasamuh' yang ditunjukkan Musa anak Hassan itu ada kena mengena dengan rancangan ini?

Sunday 10 February 2013

Guan Eng Cuba Cetuskan Sejarah Hitam 13 Mei!

Lim Guan Eng

Pemimpin diperingkat akar umbi DAP melahirkan rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng kerana terus membisu mengenai isu Kalimah Allah.
"Mengapa perlu memberi perutusan seperti itu pada hari krismas? bukankah itu hak Ekslusif orang Islam, mengapa mahu menyinggung perasaan mereka? Saya bingung dan kecewa dengan ucapan beliau" - Kata Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Sosay
"Guan Eng seharusnya tidak mencampurkan isu politik dengan agama kerana tindakan ini akan mengakibakat pertelagahan antara agama yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum yang bersatu pada selama ini." - Jelas Richard Francis Sosay lagi
"Saya sebagai penganut agama Kristian yang berpegang teguh terhadap agama tidak menyukai jika orang luar bercakap mengenai agama kami begitu jugalah dengan agama Islam, janganlah gunakan agama untuk menjadi sandaran bagi mendapat kuasa dalam politik." - Kata Richard Francis Sosay lagi

Tuesday 5 February 2013

Harun Taib Tempelak Karpal Singh! #KalimahAllah

Harun Taib


Karpal Singh
"Kita tidak peduli pandangan Karpal. Siapa dia hendak beri pandangan? Dia pun daripada parti lain," - Harun Taib
Harun Taib menegaskan bahawa Karpal tidak patut campur urusan dalaman PAS kerana dia bukan daripada ahli PAS.
Karpal Singh menegaskan bahawa keputusan melibatkan pakatan pembangkang telah dibuat secara bersama dan telah mendapat persetujuan mengenai isu kalimah Allah yang akan digunakan oleh bukan  Islam.

"Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)." - Karpal Singh
Ketua Dewan Ulama Pas Harun Taib turut mempertikaikan kelayakan Karpal untuk memberikan pandangan dalam isu tersebut.
Harun mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

Sunday 3 February 2013

Kedah akan kembali kepada BN jika tiada unsur sabotaj kepada calon UMNO.

Mukhriz Mahathir
70 peratus manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Kedah telah siap dalam menghadapi PRU ke-13 kali ini. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, manifesto yang lengkap akan siap selepas manifesto diperingkat pusat siap sepenuhnya.

"Kebanyakan anak muda tertarik dengan janji pakatan pada PRU lepas dan memberikan undi kepada pembangkan namun pembangkang tidak melunaskan janji tersebut" - Datuk Mukhriz Mahathir

Manifesto khusus Kedah kini akan menyediakan litar lumba kepada anak muda jika BN kembali memerintah Negeri Kedah. Golongan muda kecewa dengan pakatan kerana litar lumba yang dijanjikan tidak dibina seperti yang dijanjikan dan mesej tersebut telah sampai kepada Perdana Menteri sekaligus Perdana Menteri menjanjikan litar lumba kepada anak muda jika BN kembali berkuasa di Kedah.

Kerajaan prihatin Datuk Seri Najib kembali dapat kepercayaan rakyat kerana berjaya membantu rakyat dari  pelbagai peringkat umur dan memuaskan hati rakyat.