Tuesday 25 December 2012

Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming terbabit projek balak PAS

NGEH dan NGA
Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.
ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 
Beliau mengulas dakwaan blog
Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata: 
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.
Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.
Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

Ngeh Koo Ham Nafi Projek Balak di Kelantan Habuan dari PAS.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menyangkal tuduhan kontrak pembalakan di Gua Musang, Kelantan yang melibatkan beliau sebagai 'habuan' bagi menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.
Koo Ham yang dilaporkan memegang jawatan Pengarah dalam syarikat pembalakan berkenaan menegaskan, beliau bersama Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sekadar melabur menerusi syarikat berkenaan tanpa sebarang perjanjian sulit dengan mana-mana pimpinan PAS.
Ngeh Koo Ham


“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tahu mengenai perkara ini, begitu juga kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada projek ini, kerana memberi kebaikan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar The New Strait Times hari ini.
Ahli Parlimen Beruas itu juga berkata, dakwaan bahawa terdapat perjanjian penjualan dan pembelian tanah yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 merupakan fitnah bagi memburukkan pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat.
“Ini menunjukkan transaksi antara Yayasan Islam Kelantan dan Upaya Padu Plantations Sdn Bhd telah dilakukan sebelum Pakatan Rakyat mendapat kuasa pada 2008.
“Oleh itu, tuduhan yang mengatakan tanah itu diberi kepada kami oleh PAS sebagai pertukaran jawatan Menteri Besar adalah satu fitnah.
“Sebagai seorang peguam yang mengekalkan sikap professional, saya cuma boleh mendedahkan beberapa kumpulan pelabur, yang juga klien saya, yang membeli syarikat tersebut tahun ini", jelasnya.
Sebelum ini Adun Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mendedahkan bahawa Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah dianugerahkan sebidang tanah yang dikatakan bernilai RM30 Juta dan mengaitkan dengan pelantikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya 2008.
Beliau mendakwa Ngeh dan Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd telah membeli tanah seluas 4,000 hektar di Gua Musang bagi projek pembalakan.

Thursday 13 December 2012

Lihat Bagaimana DAP Tunjuk Taring Mereka Kepada Pas

 
Seperti yang diketahui umum, DAP telah memenangi beberapa pusingan dalam perlawannya dengan Pas....
Pelik kan ?
DAP musuh BN , tetapi yang asyik tewas dengan DAP adalah Pas....
Hudud - DAP menang
Negara Islam - Pas tewas
Kedai gunting unisex - DAP menang dan Pas tewas
Sekarang DAP sedang mengejar kemenangan seterusnya dalam isu pasangan bukan islam yang di saman berdua-duaan di Kota Bharu.
Berikut laporannya....
DAP mahu bukti pasangan berkelakuan tidak sopan
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mahu siasatan lebih lanjut dibuat bagi membuktikan bahawa dua pasangan bukan Islam yang disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPK-BRI) benar-benar berkelakuan tidak sopan seperti yang didakwa.
Anthony berkata beliau tidak mempersoalkan undang-undang yang digunapakai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu tetapi mahu bukti kukuh yang mensabitkan kesalahan, demi keadilan kepada pasangan berkenaan.
"Saya rasa isu saman pasangan bukan Islam perlu disiasat lebih lanjut, sama ada betul ke pasangan itu melakukan sesuatu yang keterlaluan. Kalau setakat mereka duduk berdua-duaan, saya rasa mereka tidak patut dikenakan tindakan," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Ketika ditanya adakah undang-undang PBT patut diasingkan antara orang Islam dan bukan Islam, Anthony berkata undang-undang itu tidak harus dipisahkan kerana ia sekadar undang-undang kecil.
Justeru katanya, beliau tidak kisah bukan Islam turut dikenakan tindakan jika berkelakuan 'tidak senonoh' di khalayak.
"Akur (pada undang-undang PBT) bukan isunya di sini tetapi bagaimana dikuatkuasakan. Ia satu definasi yang kabur. Apakah yang dikatakan tidak bermoral? Yang itu kena siasat, apakah bukti yang mengatakan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral?," soalnya.  
Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP menegaskan undang-undang Islam tidak sama sekali patut dikenakan ke atas orang bukan Islam.
"Kita bukan pertikaikan undang-undang PBT itu, tetapi jika undang-undang Islam dikenakan kepada bukan Islam, itu tidak patut. Tapi jika guna undang-undang PBT, kena jelaskanlah bagaimana mereka mentafsirkan undang-undang itu," katanya lagi.
Sebelum ini, Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan dua pasangan bukan Islam yang dikenakan tindakan baru-baru ini disaman dibawah Undang-undang Kecil Taman.
Beliau juga memberitahu PBT Kelantan berhak menyaman mana-mana orang bukan Islam yang berkelakuan tidak sopan di khalayak umum.
Antara Pos
Lihatlah betapa hebatnya DAP, mereka pula yang menuntut bukti dari kerajaan Pas.....
Itu menunjukkan DAP yang paling berkuasa dalam gabungan yang dinamakan pak-khatan rakyat. DAP mempunyai kuasa seperti Mahkamah Agung yang memutuskan segala hal....
Itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa Pas hanya balaci DAP.....

Calon: Umno Permatang Pauh akur pilihan PM

Umno Permatang Pauh akan menyokong penuh siapa juga calon yang diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13.
Ketuanya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata beliau yakin calon yang dipilih mampu memberi kemenangan kepada parti kerana sokongan pengundi di situ terhadap Umno dan BN.
Abdul Jalil

"Saya boleh beri jaminan angota parti kita tidak akan mensabotaj (calon) dan jika ada yang didapati berbuat demikian, tindakan tegas akan diambil," Abdul Jalil yang juga pengerusi BN Permatang Pauh, berkata masyarakat setempat mula menunjukkan perubahan terhadap Umno dengan hadir pada program yang dianjurkan parti."Saya tidak mahulah rasa selesa, tapi saya bersyukur orang di Permatang Pauh sudah mula tunjukkan perubahan dengan memberi sokongan kepada Umno."...malah yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum. Ini sesuatu yang menggembirakan kita kerana sebelum ini hanya satu kaum sahaja hadir," katanya.Menurutnya jentera Umno dan BN di kawasan itu telah memperhebatkan usaha untuk menawan 'kubu kuat' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut dan dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) serta mengekalkan kerusi DUN Seberang Jaya.

Monday 10 December 2012

Lynas akan patuh peraturan

Datuk Mashal Ahmad
Lynas sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia.

Sebagai respon kepada laporan media baru-baru ini yang dikatakan tidak tepat berhubung pemindahan sisa yang dihasilkan oleh Loji Bahan Lanjutan Lynas (LAMP), ia berkata, Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'.

Ia berkata, pada 7 Disember, Lynas menjalankan demonstrasi di LAMP di sini bagi menunjukkan kepada orang ramai dan media bahawa bahan mentah yang diimport itu adalah selamat kepada orang awam.

"Naib Presiden dan Pengarah Urusan kami, Datuk Mashal Ahmad di sepanjang taklimat dan demonstrasi itu langsung tidak menyatakan bahawa sisa itu akan kekal di Malaysia," kata Lynas dalam satu kenyataan semalam.

Ia menyatakan Mashal dengan jelas menyebut bahawa Synthetic Aggregate akan dieksport ke ngara lain sejajar dengan Piawaian dan Peraturan Antarabangsa dan Tempatan di mana ia akan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam.

Lynas turut mengulangi kenyataan bahawa kilang untuk mengubah sisa WLP telah dibina di LAMP dan kini siap sedia untuk beroperasi.

"Lynas kini meneliti semua berita akhbar bagi mengenalpasti laporan yang sengaja memaparkan Lynas sebagai menipu orang ramai dan Kerajaan Malaysia," tambah kenyataan itu.

Saturday 8 December 2012

Najib mahu Tanjung Tokong jadi kubu kuat BN

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kawasan Tanjung Tokong di sini akan menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Najib Tun Razak
Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu, beliau mengharapkan sokongan kuat daripada penduduk di kawasan itu terutama golongan belia yang dapat memainkan peranan secara lebih berkesan.
"Saya ingin bertanya, bolehkah saudara-saudara semua berjanji dengan saya supaya kita menjadikan kawasan ini sebagai kubu kuat BN," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Persatuan Belia Asas Bersatu Tanjong Tokong di sini sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu pada 8 Disember.

Dalam pertemuan itu, kumpulan belia berkenaan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Tokong, Shaar Ismail berjanji akan berganding bahu dengan pihak kerajaan bagi menjayakan segala rancangan transformasi yang diilhamkan Najib.
Najib juga bersedia mempertimbangkan tuntutan penduduk Tanjung Tokong supaya mereka dapat menikmati kemudahan asas yang lebih baik.
Perdana Menteri berkata, ketika ini beberapa projek pembangunan seperti perumahan yang dibina telah siap dan kawasan itu juga sedang mengalami pembangunan yang hebat.
"Pada masa sama, saya berharap segala perancangan untuk membantu golongan belia di sini dapat dizahirkan dalam masa terdekat.
"Kerajaan sentiasa mendengar masalah yang dihadapi rakyat. Saya juga bersedia untuk membantu golongan belia di sini," ujarnya.
Perdana Menteri turut melawat Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong dan beramah mesra dengan ahli jawatankuasa qariah masjid berkenaan.

Friday 7 December 2012

Rakyat Palestin Tidak Minta Sedekah Walaupun Derita

Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki berkongsi rasa kagum melihat masyarakat Palestin memiliki jiwa yang kental dalam mengharungi saat-saat getir gara-gara diserang oleh rejim Zionis.
Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.
"Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.


Pas patut malu dengan Palestin
"Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.
"Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil," katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.

Afdlin ingin memastikan kehadiran Aqsa Syarif memberikan kenangan indah buat rakyat Palestin terutamanya golongan kanak-kanak.Afdlin yang merupakan duta Aqsa Syarif bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan berkenaan. Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu.

Tambah Afdlin, dia juga terharu apabila masyarakat Palestin cukup gembira apabila beberapa kumpulan delegasi Malaysia datang untuk membantu mereka.
Menurutnya antara bantuan yang diberikan ialah menyediakan hidangan makanan panas serta mengagih-agihkan barangan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada keluarga yang kehilangan rumah.
Sementara itu, menceritakan pengalaman pertama kali ke wilayah Gaza itu, delegasi tersebut terpaksa melalui saat mencemaskan apabila kenderaan mereka menjadi sasaran pesawat pejuang Israel melepaskan peluru berpandu F-16.
"Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.
"Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka," tuturnya.
Tapi kenapa Abby seperti memperlekehkan kehadiran artis ke GAZA.

Wanita BN Mahu Tindakan Tegas Perbuatan Kejam Ke Atas Warga Asing


Shahrizat

Wanita Barisan Nasional meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berhubung laporan pihak media membabitkan 105 orang pembantu rumah warga asing yang dikatakan didera serta perbuatan kejam terhadap mereka.
Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana kesannya bukan sahaja membabitkan pembantu rumah terbabit malah hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara asal pembantu rumah berkenaan.
“Wanita Barisan Nasional nak meminta semua pihak berkuasa untuk membuat penyiasatan secepat mungkin dan juga penyiasatan yang teliti untuk menentukan jika benar apa yang dilaporkan, tindakan mesti diambil pada pihak-pihak tertentu,
“Perkara ini perlu dipandang berat kerana melanggar undang-undang negara bukan sahaja melanggar undang-undang negara malah mengundang satu permasalahan dipolomatik antara negara terbabit… walhal apa yang berlaku membabitkan satu dua agensi,” katanya ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Wanita UMNO di ibu negara.

Sidang media itu bagi menyatakan rasa kesal Wanita Barisan Nasiona terhadap apa yang berlaku kepada 105 orang pembantu rumah yang dikatakan didera serta perbuatan kejam oleh agensi yang menguruskan kemasukan  mereka  ke negara ini seperti yang dilaporkan oleh pihak media.
Shahrizat berkata, berdasarkan daripada laporan yang disiarkan, agensi berkenaan didapati cuba berselindung dari mana-mana pihak, oleh itu mereka tidak mengambil berat isu kebajikan pembantu rumah terbabit sehingga sanggup melakukan perbuatan tidak berperi kemanusiaan.
Menurutnya terdapat peningkatan dalam kes serupa yang dilaporkan, oleh itu beliau mengesa agensi pembantu rumah supaya tidak melakukan perbuatan serupa seperti apa yang berlaku kerana bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah boleh menimbulkan konflik hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara terbabit.
Beliau berkata, apa yang berlaku itu akan memberikan imej buruk bukan sahaja kepada agensi terbabit malah turut membabitkan nama baik negara dan majikan, sedangkan majikan di negara ini adalah antara majikan yang terbaik dan diperakui oleh pembantu rumah yang bekerja di sini.
“Kalau majikan di negara ini tidak baik, masakan ramai pembantu rumah warga asing yang berpusu-pusu ingin bekerja di negara ini, tetapi disebabkan oleh perbuatan agensi berkenaan maka ia telah mencemar nama baik, dan agens-agensi berkenaan perlu di kawal selia bagi mengelak berulangnya peristiwa tidak diingini,” katanya.