Tuesday 25 December 2012

Ngeh Koo Ham Nafi Projek Balak di Kelantan Habuan dari PAS.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menyangkal tuduhan kontrak pembalakan di Gua Musang, Kelantan yang melibatkan beliau sebagai 'habuan' bagi menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.
Koo Ham yang dilaporkan memegang jawatan Pengarah dalam syarikat pembalakan berkenaan menegaskan, beliau bersama Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sekadar melabur menerusi syarikat berkenaan tanpa sebarang perjanjian sulit dengan mana-mana pimpinan PAS.
Ngeh Koo Ham


“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tahu mengenai perkara ini, begitu juga kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada projek ini, kerana memberi kebaikan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar The New Strait Times hari ini.
Ahli Parlimen Beruas itu juga berkata, dakwaan bahawa terdapat perjanjian penjualan dan pembelian tanah yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 merupakan fitnah bagi memburukkan pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat.
“Ini menunjukkan transaksi antara Yayasan Islam Kelantan dan Upaya Padu Plantations Sdn Bhd telah dilakukan sebelum Pakatan Rakyat mendapat kuasa pada 2008.
“Oleh itu, tuduhan yang mengatakan tanah itu diberi kepada kami oleh PAS sebagai pertukaran jawatan Menteri Besar adalah satu fitnah.
“Sebagai seorang peguam yang mengekalkan sikap professional, saya cuma boleh mendedahkan beberapa kumpulan pelabur, yang juga klien saya, yang membeli syarikat tersebut tahun ini", jelasnya.
Sebelum ini Adun Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mendedahkan bahawa Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah dianugerahkan sebidang tanah yang dikatakan bernilai RM30 Juta dan mengaitkan dengan pelantikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya 2008.
Beliau mendakwa Ngeh dan Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd telah membeli tanah seluas 4,000 hektar di Gua Musang bagi projek pembalakan.

No comments:

Post a Comment