Friday 7 December 2012

Wanita BN Mahu Tindakan Tegas Perbuatan Kejam Ke Atas Warga Asing


Shahrizat

Wanita Barisan Nasional meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berhubung laporan pihak media membabitkan 105 orang pembantu rumah warga asing yang dikatakan didera serta perbuatan kejam terhadap mereka.
Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana kesannya bukan sahaja membabitkan pembantu rumah terbabit malah hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara asal pembantu rumah berkenaan.
“Wanita Barisan Nasional nak meminta semua pihak berkuasa untuk membuat penyiasatan secepat mungkin dan juga penyiasatan yang teliti untuk menentukan jika benar apa yang dilaporkan, tindakan mesti diambil pada pihak-pihak tertentu,
“Perkara ini perlu dipandang berat kerana melanggar undang-undang negara bukan sahaja melanggar undang-undang negara malah mengundang satu permasalahan dipolomatik antara negara terbabit… walhal apa yang berlaku membabitkan satu dua agensi,” katanya ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Wanita UMNO di ibu negara.

Sidang media itu bagi menyatakan rasa kesal Wanita Barisan Nasiona terhadap apa yang berlaku kepada 105 orang pembantu rumah yang dikatakan didera serta perbuatan kejam oleh agensi yang menguruskan kemasukan  mereka  ke negara ini seperti yang dilaporkan oleh pihak media.
Shahrizat berkata, berdasarkan daripada laporan yang disiarkan, agensi berkenaan didapati cuba berselindung dari mana-mana pihak, oleh itu mereka tidak mengambil berat isu kebajikan pembantu rumah terbabit sehingga sanggup melakukan perbuatan tidak berperi kemanusiaan.
Menurutnya terdapat peningkatan dalam kes serupa yang dilaporkan, oleh itu beliau mengesa agensi pembantu rumah supaya tidak melakukan perbuatan serupa seperti apa yang berlaku kerana bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah boleh menimbulkan konflik hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara terbabit.
Beliau berkata, apa yang berlaku itu akan memberikan imej buruk bukan sahaja kepada agensi terbabit malah turut membabitkan nama baik negara dan majikan, sedangkan majikan di negara ini adalah antara majikan yang terbaik dan diperakui oleh pembantu rumah yang bekerja di sini.
“Kalau majikan di negara ini tidak baik, masakan ramai pembantu rumah warga asing yang berpusu-pusu ingin bekerja di negara ini, tetapi disebabkan oleh perbuatan agensi berkenaan maka ia telah mencemar nama baik, dan agens-agensi berkenaan perlu di kawal selia bagi mengelak berulangnya peristiwa tidak diingini,” katanya.

No comments:

Post a Comment