Tuesday 27 November 2012

PM Mahu Anggota Umno Siapsiaga Hadapi PRU-13

Kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang merupakan amanat utama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umnno 2012.
Dalam Taklimat Presiden sempena perhimpunan agung ke-66 itu, Najib mengingatkan perwakilan supaya bekerja keras dan lebih agresif dalam memenangi sokongan rakyat.
Aspek kesatuan turut diberi penekanan untuk memastikan parti terus mantap dan berjaya pada pilihan raya umum nanti.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Perdana Menteri menekankan supaya kesiapsiagaan parti terus kekal dan mantap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Najib menasihati semua yang hadir supaya bersatu dan tampil sebagai satu pasukan yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan demikeutuhan parti.
"Semua anggota serta perwakilan perlu faham dan sedar peranan masing-masing dan tidak terhenti di situ sahaja. Perlu ada kesinambungan dalam perjuangan demi mengangkat martabat bangsa dan negara kerana menang atau kalah parti bergantungkepada semangat satu padu semua kaum dalam parti," katanya.

No comments:

Post a Comment