Sunday 25 November 2012

Ketua bahagian dan ketua cawangan UMNO masih berperangai lama.

 Kata kata dari Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir:

"Satu masalah bagi UMNO, oleh kerana pemimpin begini nak jaga kedudukan mereka. Mereka tak benarkan orang yang lebih layak daripada mereka masuk UMNO, sehinggakan orang ini kecewa dan akhirnya masuk Pas. Dahulu Pas takda golongan profesional seperti doktor, peguam, dan sebagainya. Sekarang ini sudah banyak, sebabnya nak masuk UMNO tak boleh. Itu yang menyebabkan banyak orang tak senang hati. Najib OK, tapi yang lain bagaimana?
Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa, mungkin kita akan kalah. Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang.
Masalah UMNO ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham.

Isu calon adalah sesuatu yang sangat sensitif. Ini kerana ada pihak yang akan boikot dan sebagainya, seolah-olah sudah menjadi barah termasuklah dalam parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Mungkin ada cara penyelesaian yang sesuai?
Orang Melayu harus sedar, penggunaan isu tertentu untuk menyokong mana-mana pihak bukan kerana isu itu penting, tapi kerana orang itu guna isu untuk kepentingan mereka. Kalau orang Melayu faham perkara ini, mereka akan selamat. Tapi kalau mereka terbawa-bawa dengan isu ini, umpamanya UMNO dan BN dah memerintah 55 tahun berilah peluang pada orang lain, mereka akan kata ia dilakukan bukan kerana mereka percaya.

No comments:

Post a Comment