Tuesday 6 November 2012

Skuad Sayang Wanita UMNO mulakan misi bantuan

Skuad Sayang Wanita UMNO yang diketuai sendiri Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan turun ke negeri-negeri yang terlibat banjir ini iaitu di Selangor, Johor, Melaka dan Perak bagi melaksanakan sumbangan misi mangsa banjir.
Wanita UMNO yang akan pergi ke setiap kem pemindahan dengan dipantau oleh ahli parlimen dan ketua UMNO bahagian masing-masing.

Shahrizat Abdul Jalil memangku seorang bayi, Adil Putra Mohd. Amin sambil diperhatikan Abdul Azeez Abdul Rahim dan ibunya, Salina Saharuddin (duduk kiri) di Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil, Sepang,

Misi yang diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan bermula di Selangor sebelum bergerak ke tempat yang dilanda banjir di Johor. Peserta misi tersebut kemudiannya akan ke Melaka dan Perak bersama 30 tan bahan makanan dan fokus adalah di tempat dilanda banjir. Dalam masa sama, mereka akan bekerjasama dengan agensi kerajaan terlibat bagi memberi bantuan tambahan tanpa mengira ideologi politik, bangsa dan agama.
Shahrizat berkata, pihaknya mengerahkan anggota Skuad Sayang di setiap kawasan dilanda banjir untuk memberi khidmat selama 24 jam kepada mangsa bencana alam itu. Katanya, skuad tersebut digerakkan untuk membantu agensi kerajaan terlibat dalam proses pemindahan untuk kerja-kerja memasak, menjaga kebersihan pusat pemindahan dan sebagainya.
"Di semua pusat pemindahan, Skuad Sayang akan turun sebagai barisan hadapan sebagai pasukan sukarela untuk memberi bantuan sehingga semua pusat pemindahan itu ditutup," katanya.

No comments:

Post a Comment