Thursday 15 November 2012

Hapuskan Virus Sabotaj Dalam Parti Supaya BN Menang PRU

Kekalahan calon Umno pada pilihan raya umum lepas adalah kerana faktor sabotaj di kalangan ahli parti yang turut menjadi antara punca yang menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dua pertiga, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
“Inilah maklum balas yang saya terima berdasarkan tinjauan saya ke 80 peratus tempat di Malaysia ini termasuk kawasan (dilabelkan) “hitam mahu pun putih”.
“Janganlah ada sabotaj lagi. Kita perlu dahulukan parti dan bukannya kepentingan periuk nasi sendiri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Jelasnya ada tiga faktor wujudnya virus sabotaj ini iaitu sabotaj kerana tidak suka kepada calon yang dipilih, sabotaj kerana tidak dicalonkan dan sabotaj kerana tidak setia kepada parti dan tiba-tiba ingin keluar dari parti.
Pemahaman bagi tiga faktor itu adalah, “Sebagai ahli parti, kita kena setuju pada calon yang dipilih, kena setia pada parti. Jangan ada budaya pangkah calonikut kaum sahaja sebab kita 1Malaysia.
“Kalau tidak jadi calon, banyak lagi rezeki dan tidak salah untuk terus menyokong kepimpinan tanda taat setia kepada perjuangan parti,” katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata oleh yang demikian, perhimpunan agung Umno nanti perlu dijadikan medan pertempuran terakhir dan digunakan sebaik-baiknya oleh anggota Umno untuk menghapuskan terus virus sabotaj daripada terus menular di dalam parti yang menyatukan kaum Melayu ini.
Beliau turut mendedahkan majoriti perwakilan pada perhimpunan itu adalah’winnable candidate’ atau “calon boleh menang” dan juga boleh menjadi ‘pembawavirus sabotaj’.
Ahmad percaya perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini yang bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini sebagai persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti.

No comments:

Post a Comment