Monday 19 November 2012

Nurul Izzah harus tunai janji PRU12.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dituntut menunaikan janji memberi elaun saraan kepada warga emas dan suri rumah Lembah Pantai, yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu. Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama.
Nurul Izzah


Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.
Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.
Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.
“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.
“Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik.
Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai.

No comments:

Post a Comment