Tuesday 27 November 2012

PM Mahu Anggota Umno Siapsiaga Hadapi PRU-13

Kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang merupakan amanat utama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umnno 2012.
Dalam Taklimat Presiden sempena perhimpunan agung ke-66 itu, Najib mengingatkan perwakilan supaya bekerja keras dan lebih agresif dalam memenangi sokongan rakyat.
Aspek kesatuan turut diberi penekanan untuk memastikan parti terus mantap dan berjaya pada pilihan raya umum nanti.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Perdana Menteri menekankan supaya kesiapsiagaan parti terus kekal dan mantap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Najib menasihati semua yang hadir supaya bersatu dan tampil sebagai satu pasukan yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan demikeutuhan parti.
"Semua anggota serta perwakilan perlu faham dan sedar peranan masing-masing dan tidak terhenti di situ sahaja. Perlu ada kesinambungan dalam perjuangan demi mengangkat martabat bangsa dan negara kerana menang atau kalah parti bergantungkepada semangat satu padu semua kaum dalam parti," katanya.

Sunday 25 November 2012

Ketua bahagian dan ketua cawangan UMNO masih berperangai lama.

 Kata kata dari Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir:

"Satu masalah bagi UMNO, oleh kerana pemimpin begini nak jaga kedudukan mereka. Mereka tak benarkan orang yang lebih layak daripada mereka masuk UMNO, sehinggakan orang ini kecewa dan akhirnya masuk Pas. Dahulu Pas takda golongan profesional seperti doktor, peguam, dan sebagainya. Sekarang ini sudah banyak, sebabnya nak masuk UMNO tak boleh. Itu yang menyebabkan banyak orang tak senang hati. Najib OK, tapi yang lain bagaimana?
Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa, mungkin kita akan kalah. Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang.
Masalah UMNO ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham.

Isu calon adalah sesuatu yang sangat sensitif. Ini kerana ada pihak yang akan boikot dan sebagainya, seolah-olah sudah menjadi barah termasuklah dalam parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Mungkin ada cara penyelesaian yang sesuai?
Orang Melayu harus sedar, penggunaan isu tertentu untuk menyokong mana-mana pihak bukan kerana isu itu penting, tapi kerana orang itu guna isu untuk kepentingan mereka. Kalau orang Melayu faham perkara ini, mereka akan selamat. Tapi kalau mereka terbawa-bawa dengan isu ini, umpamanya UMNO dan BN dah memerintah 55 tahun berilah peluang pada orang lain, mereka akan kata ia dilakukan bukan kerana mereka percaya.

Monday 19 November 2012

Nurul Izzah harus tunai janji PRU12.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dituntut menunaikan janji memberi elaun saraan kepada warga emas dan suri rumah Lembah Pantai, yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu. Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama.
Nurul Izzah


Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.
Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.
Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.
“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.
“Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik.
Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai.

Sunday 18 November 2012

SHAHRIZAT TIDAK LUPA ZIARAH HOSPITAL BERSALIN SETIAP AWAL MUHARAM

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkesempatan melawat Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur sempena sambutan Awal Muharam.
Shahrizat bersama seorang bayi dan ibunya ketika lawatan Skuad Sayang ke Hospital Bersalin,HKL.Foto : UTUSAN MALAYSIA.


Lawatan itu merupakan rutin Shahrizat yang sentiasa prihatin dan turut disertai Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bersama kira-kira 50 Skuad Sayang.
Di kesempatan itu juga Shahrizat juga sempat melawat salah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Putrajaya yang  juga mendapat seorang bayi lelaki.

Kakitangan tersebut sangat terharu atas kunjungi Shahrizat pada hari tersebut.





Thursday 15 November 2012

Hapuskan Virus Sabotaj Dalam Parti Supaya BN Menang PRU

Kekalahan calon Umno pada pilihan raya umum lepas adalah kerana faktor sabotaj di kalangan ahli parti yang turut menjadi antara punca yang menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dua pertiga, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
“Inilah maklum balas yang saya terima berdasarkan tinjauan saya ke 80 peratus tempat di Malaysia ini termasuk kawasan (dilabelkan) “hitam mahu pun putih”.
“Janganlah ada sabotaj lagi. Kita perlu dahulukan parti dan bukannya kepentingan periuk nasi sendiri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Jelasnya ada tiga faktor wujudnya virus sabotaj ini iaitu sabotaj kerana tidak suka kepada calon yang dipilih, sabotaj kerana tidak dicalonkan dan sabotaj kerana tidak setia kepada parti dan tiba-tiba ingin keluar dari parti.
Pemahaman bagi tiga faktor itu adalah, “Sebagai ahli parti, kita kena setuju pada calon yang dipilih, kena setia pada parti. Jangan ada budaya pangkah calonikut kaum sahaja sebab kita 1Malaysia.
“Kalau tidak jadi calon, banyak lagi rezeki dan tidak salah untuk terus menyokong kepimpinan tanda taat setia kepada perjuangan parti,” katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata oleh yang demikian, perhimpunan agung Umno nanti perlu dijadikan medan pertempuran terakhir dan digunakan sebaik-baiknya oleh anggota Umno untuk menghapuskan terus virus sabotaj daripada terus menular di dalam parti yang menyatukan kaum Melayu ini.
Beliau turut mendedahkan majoriti perwakilan pada perhimpunan itu adalah’winnable candidate’ atau “calon boleh menang” dan juga boleh menjadi ‘pembawavirus sabotaj’.
Ahmad percaya perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini yang bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini sebagai persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti.

Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu, baru-baru ini.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.
“Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.
“Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya,” titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di Kuantan, hari ini.
Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
“Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap,” titah baginda.
Nurul Izzah
“Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini,” titahnya.
Pada 3 November lalu, portal berita Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’, di Subang Jaya pada 3 November lalu.
Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkan akidah umat Islam.
“Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah… ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar),” katanya.

Sunday 11 November 2012

NURUL IZZAH SUDAH MELAMPAU-DR M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan melampau.
    

Tun Mahathir



Nurul Izzah

 Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing,"

Dr. Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama Persekutuan itu.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 November lalu, memetik Nurul Izzah sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,"

Shahrizat cadang FRU bantu banteras jenayah

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dicadangkan turut dilibatkan untuk membanteras kegiatan jenayah yang masih membimbangkan, terutama di kawasan bandar.
SHAHRIZAT sentiasa mengambil berat tentang mangsa kegiatan jenayah.

Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklumat balas yang diperoleh oleh Wanita BN daripada masyarakat akar umbi yang mencadangkan supaya FRU digerakkan untuk membantu polis membanteras kegiatan jenayah seperti samun, ragut dan rogol.
"Mereka (masyarakat) mencadangkan di kawasan kadar jenayah tinggi, FRU turun untuk membantu. Ini cadangan yang diberi kepada Wanita BN, terutama di kawasan bandar apabila kita tengok peratusan jenayah walaupun ada penurunan tetapi masih membimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dua anggota polis yang cedera akibat ditembak oleh penjenayah baru-baru ini, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),
Dua anggota polis yang dilaporkan dalam keadaan stabil itu ialah Lans Koperal Mohd. Samsul Anuar Mohd. Adnan, 27, dari Balai Polis Paloh, Gua Musang dan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.
Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata, penglibatan anggota FRU bersama polis dan pasukan sukarelawan berkaitan akan menakutkan penjenayah daripada melakukan jenayah.
"Kita jangan khuatir untuk mengeluarkan FRU dari markas, FRU bukan hanya untuk masa nak berperang (rusuhan dan perhimpunan haram)..tak ada. Kehadiran ramai anggota keselamatan yang beruniform di khalayak ramai di kampung dan bandar akan memberi kesan positif untuk menakutkan penjenayah.

"Saya rasa bahawa isu keselamatan menjadi isu yang besar, mana-mana saya pergi wanita BN memberi maklum balas daripada rakyat termasuk (lawatan) dari rumah ke rumah, rakyat mahu kerajaan beri tumpuan kepada isu keselamatan terutama terhadap penjenayah seperti samun, ragut dan rogol," katanya.
Shahrizat berkata, wanita BN mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bekerja kuat untuk keselamatan rakyat dan negara.
Mohd. Samsul Anuar cedera parah di bahagian dada selepas ditembak dua penyamun dalam satu sekatan jalan raya di Paloh, Gua Musang pada awal pagi 30 Oktober lepas.
Mat Raduan pula cedera di tangan dan rusuk kanan selepas terkena tembakan dalam kejadian berbalas tembak dengan seorang penjenayah di Kilometer 45 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di Kampung Kemuning,

Tuesday 6 November 2012

Skuad Sayang Wanita UMNO mulakan misi bantuan

Skuad Sayang Wanita UMNO yang diketuai sendiri Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan turun ke negeri-negeri yang terlibat banjir ini iaitu di Selangor, Johor, Melaka dan Perak bagi melaksanakan sumbangan misi mangsa banjir.
Wanita UMNO yang akan pergi ke setiap kem pemindahan dengan dipantau oleh ahli parlimen dan ketua UMNO bahagian masing-masing.

Shahrizat Abdul Jalil memangku seorang bayi, Adil Putra Mohd. Amin sambil diperhatikan Abdul Azeez Abdul Rahim dan ibunya, Salina Saharuddin (duduk kiri) di Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil, Sepang,

Misi yang diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan bermula di Selangor sebelum bergerak ke tempat yang dilanda banjir di Johor. Peserta misi tersebut kemudiannya akan ke Melaka dan Perak bersama 30 tan bahan makanan dan fokus adalah di tempat dilanda banjir. Dalam masa sama, mereka akan bekerjasama dengan agensi kerajaan terlibat bagi memberi bantuan tambahan tanpa mengira ideologi politik, bangsa dan agama.
Shahrizat berkata, pihaknya mengerahkan anggota Skuad Sayang di setiap kawasan dilanda banjir untuk memberi khidmat selama 24 jam kepada mangsa bencana alam itu. Katanya, skuad tersebut digerakkan untuk membantu agensi kerajaan terlibat dalam proses pemindahan untuk kerja-kerja memasak, menjaga kebersihan pusat pemindahan dan sebagainya.
"Di semua pusat pemindahan, Skuad Sayang akan turun sebagai barisan hadapan sebagai pasukan sukarela untuk memberi bantuan sehingga semua pusat pemindahan itu ditutup," katanya.

Monday 5 November 2012

KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility? Anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).
Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.
Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.
JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.
Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.
Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.
Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.
 
Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.
Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.
Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.
Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya  sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.
Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.
Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan?
  

SEKONGKOL TERBARU SURAYA YAACOB DAN NAIB PRESIDEN UMNO

SURAYA YAACOB


Ketua Wanita Pendang "dilihat" mula mengadakan pertemuan setiap minggu bersama salah seorang Naib Presiden Umno bertujuan untuk bekerja menjatuhkan Shahrizat. Suraya yang mahu menjadi Ketua Wanita Umno Malaysia hadir di pertemuan rahsia yang dihadiri oleh sekurangnya 5 individu Wanita Umno. Idea untuk menjatuhkan Shahrizat datang dari Naib Presiden UMNO juga dan mereka sedang merancang strategi untuk membantu Suraya di dalam hajat untuk menjatuhkan Shahrizat dan sekaligus Suraya Yaacob akan menjadi Ketua Wanita nanti.





                                             


NAIB PRESIDEN UMNO                                                                                                                                        

SIAPA ANTARA MEREKA YANG MEMBANTU SURAYA?                                                                                                                                                                                                                                                                                   
ZAHID HAMIDI
HISHAMUDDIN
SHAFIE AFDAL
Pada masa semua Bahagian Umno sibuk bekerja untuk PRU13, yang merupakan satu persimpangan UMNO ( pesanan dari Najib Razak), mereka mereka ini pula bermesyuarat bersama pemimpin lain seperti Azalina Othman yang dikatakan towkeh kereta yang juga mantan Ketua Puteri bersama kumpulan mereka yang lain yang berada di kem salah seorang Naib Presiden itu, seperti di Kedah, Salmah Binti Md Isa – Pokok Sena, Khalijah Arshad - Ketua Wanita UMNO bahagian Jerai, Zarina Mohd Uesope - Pengkalan Chepa, Nik Noriza Nik Salleh - Tumpat, Mariany Bt Mohammad Yit – Bukit Bintang. Juga tak ketinggalan Exco Wanita, Maznah Mazlan yang turut terlibat. Ada ramai lagi yang akan dipanggil oleh kumpulan ini untuk kerja kerja menghasut ini. Nanti kita tunggu siapa lagi yang akan menjadi pelakon siri Suraya Yaacab ini.

Sunday 4 November 2012

APA PILIHAN NAJIB?DEMI RAKYAT ATAU DEMI KAWAN?




Rata rata semua orang tahu dan sudah ketahui bahawa Nazri Aziz adalah merupakan orang kanan bagi Najib.Bak kata memang kamcing la dengan Najib.Tetapi ada perkara yang telah merunsingkan Najib, terutama segala tindakan yang dilakukan oleh Nazri Azizi ini. Ada banyak perkara yang dibuat oleh Nazri tidak digemari oleh Najib. Mengenai kes teksi, skandal rasuah Nazri dikaitkan dengan Michael Chia dan komplot mengaut harta dan parking atas nama anak, semua itu membuat orang meluat dengan sikap Nazri. Jika kita lihat pada masa kes NFC lalu, begitu lantang Nazri menghentam Shahrizat.

Shahrizat telah "dikorbankan"
 











Adakah Mamat ini akan diselamatkan?




Sikap Shahrizat yang sanggup dikorbankan membuktikan beliau berbuat demi parti dan kerajaan, walaupun SPRM telah mengesahkan Shahrizat tidak bersalah.
Ini lain pulak citer dengan Nazri, apa kerja yang Nazri buat untuk parti, Nazri bukan dari Majlis Tertinggi
UMNO, hairan juga dengan isu Nazri ini, mana perginya suara sang hulubalang UMNO di kala Shahrizat dihentam oleh mereka yang diangkat sebagai hulubalang seperti Syed Ali Alhabshee, Abdul Ghapur Salleh, Bung Mokhtar serta Naib Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim.
Selaku Menteri yang mengawal undang-undang serta SPRM, Nazri akan dilihat korup di kacamata dunia, Bagaimanakan orang seperti Nazri berada di tahap itu, pasti akan memberi padangan yang negatif  kepada UMNO, BN dan kerajaan di kala Najib sedang berusaha keras mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO, BN dan kerajaan. Apakah pilihan Najib kini, demi kawan atau demi rakyat?


Friday 2 November 2012

IKHLASKAH ZURAIDA BERADA DI POLITIK MALAYSIA

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) maupun polis perlu menyiasat dakwaan tersebut dan sekiranya benar Zuraidah menang ataupun menjadi calon parlimen tersebut melalui unsur-unsur penipuan, beliau perlu di bawa ke muka pengadilan dan dihukum selayaknya sekiranya beliau menipu sehingga berjaya menang sebagai Ahli Parlimen.

Biasanya Ahli Parlimen hilang kelayakan untuk menjadi MP adalah beliau pernah dihukum penjara dan tidak boleh menyertai parti politik selama lima tahun,didenda oleh mahkamah melebihi Rm2,000 ataupun telah diistiharkan mufils dan mungkin ada lagi sebab-sebab lain atau Zuraidah sebelum bertanding merupakan bukan warganegara Malaysia.

Tuduhan Mohd Isa Saidi, bekas Ketua Penerangan tersebut bukan tuduhan yang ringan kerana melibatkan institusi berparlimen dalam Negara ini dan SPR jangan sesekali memandang ringan dan perlu menyiasat hingga ke akar umbi tuduhan tersebut.

Ada juga tuduhan yang mendakwa bahawa Zuraida memalsukan dokumen warganegaranya kerana sebelum bertanding di Parlimen Ampang, beliau masih lagi Warganegara Singapura.

Soal Zuraida yang dikatakan begitu kuat menyokong gerakan LGBT tidak menghairankan kerana beliau sebelum ini pernah dikatakan antara pengamal tegar gejala tersebut dan rakyat sudah tidak hairan dengan cakap-cakap Zuraida hingga beliau digelar sebagai Mak Lampir ataupun pemimpin wanita bermulut longkang.

Nazri Aziz terlibat skandal Michael Chia?

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta Michael Chia, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya,bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nadim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

Thursday 1 November 2012

PEGAWAI KHAS PENENTU KEKUATAN YANG BERHORMAT

Faktor yang menentukan reputasi seorang Yang Berhormat (YB) di kawasan mereka adalah sangat bergantung kepada pegawai khas mereka yang selalu berada di kawasan, Apa bila mereka lemah dan tidak buat kerja apatah lagi respon yang negatif, maka YB itu menjadi mangsa atas kecelaruan maklumat. Kebanyakan berlaku kepada YB Barisan Nasional.
 GAMBAR HIASAN

Barisan Nasional harus ingat, bahawa PRU13 ini penentu nasib rakyat dan juga survival UMNO.Jika meletakkan orang yang salah dan tidak endah kepada masalah rakyat,maka bersedialah untuk tutup kedai, ini berlaku kepada kawasan Barisan Nasional.Jangan ingat bahawa rakyat sudah insaf dan sedar serta populariti Perdana Menteri menjadi batu sempadan atas kemenangan akan datang.Keadaan masih tidak selamat dan juga kamu semua jangan lah sombong dan malas turun kawasan,Kelak semua ini mendatang bencana yang kita akan menyesal nanti.AWAS kepada mereka yang berkhidmat di pejabat wakil rakyat. Cuba kita lihat gerak kerja Pembangkang, dari akar umbi pun sudah mengatur strategi dan mesra kepada segala masalah rakyat.Contohilah mereka demi untuk masa depan negara..