Tuesday 26 February 2013

MELAYU DI PINGGIR BILA 'DATUM JELATEK' DILAKSANAKAN

Himpunan Bantah Datum Jelatek 1.0 mendesak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan projek super mewah di bawah kelolaan yang telah dirancang sejak tahun 2010 itu.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek Saleh Samad, 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di bekas tapak pangsapuri kos rendah tersebut telah dijanji untuk diberikan kepada bumiputra kini peruntukan tersebut tiada lagi.

Dua blok (Tower B dan D) telah dijual kepada pelabur China melalui konsultan di Singapura,
Demonstrasi tersebut turut disertai 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan tapak projek Datum Jelatek Mereka kemudiannya berarak ke Bilik Pameran projek tersebut di kawasan berhampiran.
Dalam pada itu Saleh turut menjelaskan, kesemua penduduk terlibat akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar, PKNS, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Y.A.M Sultan Selangor untuk menghentikan projek tersebut.

Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS.
Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.

Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .

PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki.
Tindakan PKNS dilihat seperti 'menghukum' penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu

No comments:

Post a Comment