Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini
mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati
terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang
dipertikaikannya. Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis
perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari
ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak
berdasarkan maklumat tepat.
Tindakan
simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam
kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya
berlangsung hari ini.
Ahmad
yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku
Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang
didakwa "amat salah".
"Pertama,
mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak
ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam
sesi penerangan)," katanya. "Itu sebabnya saya masukkan dalam tong
sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang
tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya
tanah Felda Plantations."
"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak
boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada
anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak
dapat tanah, India tak dapat tanah... "Tiba-tiba nak lagi pada orang
yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam
tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.
"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment