Shahrizat |
Isu
Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) – satu isu politik? Sememangnya
nampak seakan ia menjadi satu isu politik. PKR di bawah Rafizi Ramli –
membawanya sebagai satu isu rasuah yang dibayangi dengan hasrat politik.
Apa yang lebih dibawa oleh PKR adalah isu ini adalah rasuah dan
kononnya UMNO sinonim dengan rasuah. Ini persepsi yang mahu dibentuk.
PKR mahu isu yang dikatakan satu isu rasuah ini dijadikan satu bahan
jajaan politik untuk menghukum UMNO dan konsentrasi amat jelas ia adalah
demi menjatuhkan UMNO.
Hari
ini, veteran UMNO, termasuk Tun Dr Mahathir dan Rafidah Aziz juga
menyarankan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO untuk melepaskan jawatan.
Tekanan ini diletakkan sebagai satu hukuman yang belum disiasat.
Tekanan ini seakan sengaja dilakukan kerana hasrat yang nampak adalah
bukan berlandaskan rasuah tetapi adalah untuk menumbangkan Shahrizat.
Ini semua adalah niat politik mengatasi usaha mencari kebenaran dan
keadilan. Ini sebenarnya melanggar ruangan untuk individu
itu mempertahankan diri dan individu itu telah dihukum sebelum keputusan
sebenarnya – sebelum perbicaraan – sebelum ruang untuk membela diri
diberi kepada individu tersebut.
Keadaan
inilah sebenarnya memperlihatkan kekusutan kita dalam politik dan
proses perundangan. Motif politik yang mendahului perundangan sebenarnya
tidak akan memberi manfaat kepada kita. Pergaulan politik/undang-undang
ini sebenarnya bagi www.umno-reform2.com akan mencacatkan ruangan pembelaan diri dan akhirnya hukuman berlaku sebelum keputusan perbicaraan.
Ini
memang terjadi. Ini adalah kerana isu ini mahu dijadikan akhirnya
sebagai satu senjata politik – menyempurnakan kehendak dendam dalam
politik atau menjatuhkan kedudukan politik seseorang untuk diambil
semula tempatnya. Shahrizat seharusnya diberi ruangan yang cukup luas
untuk membela diri dan tekanan politik luaran dan dalaman akan memberi
impak tidak sihat kepada perjalanan kematangan sistem dalam negara kita.
Kita
pernah melihat hancurnya ruangan politik kepimpinan tertentu akibat
spekulasi dan pembentukan persepsi, akibat tuduhan dan akhirnya
dibebaskan. Namun hukuman telah berlaku sungguhpun akhirnya keputusan
mahkamah mendapati individu itu bebas dari sebarang pertuduhan. Kes
seperti ini wujud.
Benar,
kita mengatakan bahawa ada persoalan yang melihatkan kesalahan moral
tetapi tidak dan belum dapat disabitkan kesalahan dalam bentuk
perundangan TETAPI hukuman ke atas apa yang dikatakan kesalahan moral
tetapi bukan perundangan ini amat subjektif dan mampu menghukum sebelum
kesalahan terbukti atau menghukum atas sesuatu yang tidak terbukti
benar.
Benar
ada banyak kontroversi dalam kes ini, tetapi ruangan pembelaan
semestinya diberi seluas mungkin dan komen politik – seharusnya di
hindar lebih-lebih lagi pembuktian tidak lagi dibuat. Isu Fidlot hari
ini terletak di bawah siasatan pihak berkuasa. Kita kena hormat dan
membenarkan sistem ini dilaksanakan. Kita perlu memberi ruangan seluas
untuk pembelaan dan campur tangan dalam perundangan adalah terlarang.
Apa pun kita TIDAK BOLEH menjatuhkan hukuman tanpa pembuktian tepat dan
politik tidak seharusnya mendahului hak, peruntukkan kemanusiaan dan
perundangan.
Dipetik dari UMNO REFORM 2
No comments:
Post a Comment