Sumber: UMNO REFORM 2
Mengulas tulisan di http://www.malaysiakini.com/news/188390
Belum
selesai isu FIDLOT, belum lagi menyeluruh siasatan suara-suara
menghukum sudah mula kedengaran. Benar, UMNO mahu transformasi, mahu
yang betul tetap betul, salah tetap salah dan mahu dilihat menegakkan
kebenaran namun antara melunaskan keadilan dan bertindak semberono bukan
nilai budiman dan bukan ciri-ciri keadilan. Menuduh mengheret dan
berperisai Wanita UMNO juga BUKAN satu langkah budiman. Kita mahu UMNO
itu bersih, UMNO mendekati rakyat tetapi kalanya UMNO perlu berjalan
tidak sujud dengan tekanan pembangkang.
www.umno-reform2.com
bersetuju supaya siasatan disegerakan, pihak berwajib menyiasat tanpa
memberi keutamaan kepada sesiapa namun hak yang lain perlu juga
dihormati. Hak berkenaan dengan ruangan membela diri perlu tetapi apa
yang kelihatan adalah Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee
terlampau gopoh untuk menjatuhkan hukuman politik. Mengambil pentakrifan
isu ini sebagai liabiliti, mungkin Syed Ali Alhabshee perlu melihat
keseluruhan anggota dan kepimpinan UMNO. Banyak isu yang boleh dikaitkan
dengan “kesalahan moral” di kalangan UMNO tetapi adalah tidak wajar
kerana hukuman telah dilakukan sebelum didapati bersalah.
Adakah
dalam senario ini hukuman politik seolah-olah mahu disegerakan dan
akhirnya desakan Datuk Syed Ali akan menimbulkan persepsi lebih besar
lagi dengan mempersoalkan beliau kenapa terburu-buru mahu menjatuhkan
hukum. Kenapa hukuman politik menjadi pilihan beliau dan
adakah beliau sendiri tidak percaya kepada memberi ruangan menyeluruh
kepada pembelaan sebelum menghukum. Adakah tidak pernah Datuk Syed Ali
berdepan dengan isu – menghukum secara salah seorang dari segi politik
dan akhirnya mahkamah mendapati seseorang itu bebas dan tidak bersalah.
Namun hukuman politik ini merosakkan imej dan akhirnya UMNO sendiri
kehilangan kepimpinan baru dan berbakat.
Hukuman
politik ini adalah berdasarkan kepentingan politik, dendam politik atau
persengketaan dalam politik. Tujuan menjatuhkan hukum ini pula adalah
untuk merosakkan imej terlebih dahulu sebelum keputusan lain – seperti
keputusan siasatan pihak berwajib selesai. Hukuman ini tidak memerlukan
rujukan fakta – hanya mahu membentuk persepsi dan akhirnya tuduhan dan
penghinaan dibuat untuk tujuan politik. Mungkin Datuk Ali Alhabshee
sepatutnya menyarankan agar siasatan dilakukan dengan segera tanpa
mendahulukan isu ini dengan hukuman. Akhirnya – kenapa terburu-buru. Ada
yang tidak kena ke Datuk Ali Alhabshee - ada projek yang tidak di luluskan ke (HAH INI CONTOH HUKUMAN POLITIK MEMBENTUK PERSEPSI UNTUK TUJUAN MEMBURUK-BURUKKAN ATAU MEMBENTUK ANDAIAN) Oleh
itu adalah wajar kita memberi ruangan di samping tidak menunjukkan
kegelojohan kita. Biar proses perundangan dan UMNO di bawah kepimpinan
Datuk Najib menentukan.
No comments:
Post a Comment