Monday 12 March 2012

MUSUH POLITIK SHAHRIZAT " MAKIN LEGA"

Musuh politik Shahrizat kini mula naik tocang apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat tempoh pelantikannya sebagai senator pada 8 April ini.

Kepada mereka yang nak sangat tengok Sharizat jatuh, inilah masanya nak masuk daun,atau jarum..Yang paling melatah ialah Rafidah Azizi...Dia sibuk nak suruh Sharizat letak jawatan...padahal dia pun dulu ada jugak kes...kata orang dia yang lebih.

Dalam satu keratan akhbar,Shahrizat berkata, surat berhubung pengundurannya yang berkuat kuasa pada 8 April sudah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.
 
“Sama ada wujud kepentingan peribadi atau tidak, saya tidak ada kena mengena dengan NFC. Saya berkahwin dengan Pengerusi NFCorp, tetapi sebagai anggota kerajaan, saya rasa perkara yang betul untuk dilakukan ialah berundur.

“Saya amat menghormati kerajaan dan amat menghormati Perdana Menteri. Saya bukan saja seorang pemimpin, saya juga seorang isteri dan seorang ibu. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya lakukan perkara yang betul.”

Shahrizat menganggap keputusan itu yang terbaik selepas melalui pengalaman sebagai peguam terlatih; berkhidmat sebagai majistret; ahli korporat dan politik termasuk menang dan kalah dalam pilihan raya, selain seorang ibu, isteri dan pemimpin.

Mengenai kemungkinan keputusan itu dibuat kerana tiada pihak dalam kerajaan yang menyokong beliau apabila timbul isu NFC, Shahrizat percaya ada kebaikan atau berkat di sebalik apa yang berlaku dan ia masa terbaik untuk beliau berundur.

“Dalam perjuangan, kita perlu jelas tujuan serta khidmat yang diberikan dan ketika ini saya selesa untuk berundur apabila penggal saya tamat pada 8 April ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau menjawab ringkas: “Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok.”

Mengenai kementeriannya, Shahrizat berkata, perubahan ketara yang dilakukan sebaik penubuhan kementerian itu adalah keputusan jemaah menteri mengenai isu diskriminasi wanita dan keluarga.

“Dalam masa tiga minggu lagi sebelum saya berundur, saya akan jalankan tugas dan program yang dipersetujui termasuk dengan badan bukan kerajaan membabitkan kumpulan sasar kementerian, termasuk wanita, keluarga, Orang Kelainan Upaya, institusi kebajikan, pembangunan masyarakat dan warga tua,” katanya.

No comments:

Post a Comment