Wednesday 7 March 2012

PAS KATA ORANG TAPI SAMA AJERR DONG

Sebelum ini tidak pernah pun dengar kisahnya.Maka ramai yang terkejut bila baca berita di laman Malaysiakini tentang adanya projek bina jalan bernilai RM600 juta di Kedah.
Jalan mana? Kalau ada projek sebesar itu sudah tentu ia projek kerajaan pusat dan bukan kerajaan negeri.
Itulah gambarannya bila Malaysiakini menyiarkan berita itu petang Selasa yang didakwa menjadi punca meledeknya krisis antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dengan puak Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Mereka bergaduh kerana Azizan didakwa berkeras nak bagi projek usahasama dengan sebuah GLC di Kedah kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang bekas pemimpin UMNO Bahagian di negeri itu.
Phahrolrazi dipetik mengesahkan sendiri soal projek itu menjadi puncanya.
Peliknya di sini ...projek itu tidak wujud.Setakat ini tidak ada sesiapa baik Perdana Menteri atau Menteri Besar ada buat pengumuman mengenainya.
Selasa malam tersebar laporan Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah yang jaga portfolio kerja raya sendiri menafikan ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.
Katanya ada kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.
Seorang lagi Exco,Abd Ghani Ahmad juga menafikan dakwaan mengatakan Azizan berkeras hendak beri  kontrak RM600 juta kepada kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan UMNO.
Katanya  dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.
"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star.
Dalam kontek krisis PAS Kedah Amiruddin dan Abd Ghani dilihat berdiri dibelakang Azizan VS puak Phahrolrazi.
Apapun faktanya ialah projek jalan RM600 juta di Kedah tidak wujud.
Kalau betullah ia merujuk kepada projek baiki jalan-jalan di Kedah untuk tempoh setahun bernilai RM60 juta...isu yang menjadi bahan ketawa di sini ialah rupanya dalam PAS pun ada kisah 'berebut projek'.
PAS selalu cuba mengambarkan ia bukan sebuah parti yang 'main projek'.
Krisis di Kedah sudah membuka banyak hal yang tersembunyi.
Angka yang ditulis oleh Malaysiakini mungkin silap...tapi dari pengesahan Phahrolrazi sendiri boleh kata begitulah ceritanya.
Dari satu sudut lain,pemerhati  melihat gelagat dedah mendedah yang terus berlaku ini petanda jelas krisis pimpinan PAS di Kedah masih membara.
Ia ibarat api dalam sekam.   
Jawatankuasa Pemandu yang akan diwujudkan oleh PAS Pusat untuk mengawasi pentabiran kerajaan pimpinan Azizan dikira bukanlah suatu jalan penyelesaian.
Ia dilihat lebih daripada ' langkah sementara' untuk mengelak kerajaan PAS Kedah terbarai menjelang pilihanraya umum ke 13.
Dari tindak tanduk puak Phahrolrazi nampak macam sudah tidak ada titik temu antara beliau dengan Azizan.
Ada yang kata ini baru perintah negeri...bayangkan sendiri kalau dapat berkuasa di kerajaan pusat.

Andaian yang boleh dibuat pasti ada yang siap sedia dengan peluru berpandu,kereta kebal,jet pejuang,motar,senapang dan pistol untuk beradu tenaga berebut segala macam projek yang ada.

Awas...disebalik tembok PKR dan DAP,jangan fikir tidak ada 'penyamun' yang sedang menaruh impian untuk ngap.-AGENDA DAILY 7/3/2012

No comments:

Post a Comment