Thursday 22 March 2012

PM seru Wanita bersama Shahrizat'

Sat lagi aku naik takhta
 
22 MAC 2012: Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada memimpin pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh di belakangnya.
Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.

"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.

"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah dalam sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.

The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu National Feddlot Corporation - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini, tidak mencukupi.

No comments:

Post a Comment