Tuesday 8 January 2013

HELAH POLITIK PANCING UNDI MELAYU-TUN M

Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13
 
DAP terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk pada pemilihan parti itu.
Menurut Tun Mahathir lagi,strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.
"Ini bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.
"Takkanlah begitu bodoh sekali sehingga hendak kira undi pun tidak tahu. Kalau dia (DAP) tidak tahu hendak kira undi, tidak payahlah hendak jadi kerajaan.
"Ini satu political ploy (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment