Thursday 3 January 2013

ZAHID SUSUN STRATEGI LAWAN MUHYIDDIN YASSIN

Muhyiddin 
Zahid











Untuk menempatkan kedudukan beliau di nombor 2, Zahid telah menyusun rancangan dan strategi untuk melawan Muhyiddin Yassin. Reputasi Zahid Hamidi kini memampukan beliau berbuat demikian. Muhyiddin juga telah merasakan bahawa kedudukannya rapuh di bawah Najib. Namun begitu beliau juga bimbang akan kedudukannya, masakan boleh beliau menggantikan Najib, itu tidak mungkin berlaku.Jentera Zahid ramai diseluruh negara apatah lagi di Perak. Kita tunggu dan lihat percaturan politik kedua individu ini. Zahid pada zahirnya diatas kertas mampu menggantikan Muhyiddin. Pun begitu bukan sahaja mereka berdua sahaja yang berentap, Hishamuddin juga apa kurangnya untuk merebut kedudukan nombor 2. Pemimpin atasan dan yang berada di parti juga melihat persaingan ini, namun pakatan serta strategi yang benar berkesan dan pengaruh ke akar umbi serta jentera yang kuat pasti memungkinkan semua itu.Najib juga telah mengetahui saingan ini dan sebagai Perdana Menteri,Najib harus berani untuk menentukan siapa di nombor 2.Beliau harus harus mendengar suara di bawah iaitu akar umbi, bahagian,cawangan dan mereka yang benar benar boleh berfikir dan merancang di luar kotak pemikiran.Kita harus sedar bahawa politik kini sungguh berbeza dengan politik era Tun Mahathir dan juga era Pak Lah.Apa saja keputusan dan rancangan mereka semua nanti haruslah berpaksikan dengan jujur serta amanah dan juga jangan sampai menghancurkan parti dan kerajaan.

No comments:

Post a Comment