Sunday 13 January 2013

Ilmu Para Mufti Lebih Rendah Dari Nik Aziz?

Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak tindakan PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam apabila buat kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t digadaikan kepada Kristian.
PAS ternyata terpana dan terkesan bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan ilmuan agama sama ada yang non partisan mahupun dari dalam PAS sendiri semakin berani menyatakan kritikan mereka secara terbuka, satu senario yang langsung tak terjangka oleh pimpinan PAS.
Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit penyokong dan ahli PAS yang buta hati dan kelam mindanya bangkit merendah-rendahkan kewibawaan mereka berdua dengan pelbagai komen buruk dan sinis. Pada mereka, sokongan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap persetujuan PAS dalam isu kalimah Allah adalah tepat dan tiada salahnya.

Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah malah lebih rendah daripada Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS terhadap pendirian dua orang ulama PAS yang jelas bertentangan dengan pendapat songsang Nik Aziz?

Semua kenyataan di atas merupakan satu tamparan hebat buat PAS khususnya kepada Nik Aziz yang sebelum ini bersungguh mempertahankan kesediaan PAS menyokong tuntutan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Jika dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa Nik Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti memiliki kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka. Hatta Ustaz Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan berlian dengan kaca.

No comments:

Post a Comment