Monday 28 January 2013

Ustaz Nasha Di Gugur Dari Majlis Syura kini di persimpangan

Aduhai....
"Sehingga di saat ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.Itulah keluar dari mulut Ustaz Nasha.

"Saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," katanya menerusi satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan dan saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ahli Parlimen Bachok tidak disenaraikan pada PRU ke-13 kali ini kata Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.

Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan dan pengguguran Nasha dalam majlis syura bukanlah satu tindakan pelik dan Nik Aziz menyifatkan tindakan itu sebagai penceraian suami isteri.

Pengguguran Ustaz Nasha juga berkaitan hubungan rapat beliau semasa menunaikan haji bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga menyertai lawatan PM ke Gaza yang membawa misi perpaduan ummah dan kemanusiaan.

Perjuangan demi Islam oleh Ustaz Nasha membawa kepada pengguguran Majlis Syura dan calon PAS.

No comments:

Post a Comment