Wednesday 8 February 2012

HAJAT BESAR DATUK KAMILIA MENANGGUK DI AIR KEROH.


Dato' Kamilia Ibrahim

Sebelum ini Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Dato' Kamilia Ibrahim sering menerjah tak tentu pasal mencari isu, maklumlah beliau Wanita No 2 di dalam Umno ni. Justeru itu Kamilia sentiasa mengintai peluang untuk diri sendiri. Dia ni mana mana kem pun dia masuk, asal boleh dapat jawatan, dah cantik bagi dia.
Sinar untuk menjadi Ahli Parlimen kian cerah, apatah lagi apabila melihat bosnya, Shahrizat kian dihenyak kiri dan kanan dari mereka yang hendak menjatuhkan Shahrizat.
Kamilia mula memasang angan-angan untuk menjadi pemangku Ketua Wanita di kala musuh politik Shahrizat dari dalam dan luar parti sedang membuat 'projek' hendak menggulingkan Shahrizat, 
Kamilia pula mengintai untuk menjadi calon Ahli Parlimen sekiranya berjaya menggulingkan Shahrizat, itu pun sekiranya beliau berjaya menyandang Pemangku Ketua Wanita Umno.

Dalam apa jua keadaan semasa ini,Kamilia tidak pernah mempertahankan bosnya. Malah mendesak Shahrizat supaya berundur. Adakah pengaruh dan jarum-jarum yang dibawa oleh Rafidah serta kuncu telah menusuk kedalam tubuh Kamilia ni.

Difahamkan dengan kuota sebagi Pemangku Ketua Wanita maka tercapai hasrat Kamilia yang akan diberi pangkat Menteri apabila bertanding pada PRU 13 ini. Di mana ini semangat setiakawan di dalam Wanita Umno. Apakah niat sebenar Kamilia yang membuat kenyataan menghasut Wanita serta mengelirukan Wanita di dalam Utusan Malaysia pada 4 Feb lalu, Kamilia juga harus menyatakan pendiriannya di dalam soal ini, dalam blog Jelapang pada 3 Feb 2012 juga memperkatakan kesempatan yang diambil untuk menjadi Pemangku Ketua Wanita dalam bahasa yang halus dan penuh bermakna.....Hentikan lah Kamilia..wat la keje mantapkan jentera Wanita bersama dengan Shahrizat.

2 comments:

  1. I strongly support Dato Kamilia & Rafidah...it is not a question of taking advantage..it is more for the sake of the party...if I am at Dato Kamilia's position ..I would also do the same thing...as the idiom says, make hay while the sun shines...

    ReplyDelete
  2. ala bro... setakat pasang angan2 apa salahnya kalau dibandingkan dengan sapu duit rakyat melalui projek lembu... yang busuk tetap busuk.. dah tak ada perasaan malu ke... ambik duit rakyat utk beli kondo, kereta, credit card... sekarang nak salahkan orang kerana simpan angan2. selak kain, tengok hak sendiri, elok ka tidak.

    ReplyDelete