Sunday 5 February 2012

IMBASAN KRONOLOGI SHAHRIZAT MENENTANG PENYANGAK DI DALAM WANITA UMNO

"SAYA tenang dari mula hingga hari ini. Saya ke Makkah untuk memohon hidayah Allah, berdoa di depan Kaabah dan Raudhah. Apa yang saya boleh katakan kepada pemimpin PKR yang mengaib dan menfitnah saya… kita jumpa di Padang Masyar (hari pembalasan)."
Ucapan pedas dan tegas ketika membuka tirai Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO pagi semalam, tidak dapat melenyapkan kesedihan dan aib yang ditanggung keluarganya.
Amat mudah menjadi pembangkang hari ini, dia hanya perlu melempar tohmah dan lari… langsung tak ada rasa hormat. - Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO
Dengan muka sedikit cengkung dan matanya cuba menyembunyikan kesedihan, tapi Ketua Wanita UMNO amat lega kerana ramai ahli, teman dan sahabat terus mempamerkan semangat setia kawan yang tinggi.

“Saya masih dilanda perasaan teramat sedih, tapi selepas ucapan tadi, saya memang lega kerana (perwakilan) Wanita amat memahami apa yang saya alami,” kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi ahli politik yang tidak pernah ‘diserang’ pembangkang secara peribadi, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat ini hampir terduduk apabila keluarganya didakwa melakukan penyelewengan apabila diberi tanggungjawab melaksanakan projek ternakan lembu daging melalui Perbadanan Fidlot Nasional.

Projek usaha sama dengan Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani dilaksanakan dengan geran sebanyak RM13 juta dan bantuan pinjaman mudah bernilai RM250 juta, diputarbelitkan pembangkang yang mempertikai bagaimana suami seorang menteri mendapat projek terbabit dan mengapa sebahagian wang pinjaman digunakan untuk membeli kondominium.
Tanpa mengambil kira siapa sebenar suami Shahrizat, latar belakangnya lulusan sains makanan dan bagaimana projek itu diluluskan, pembangkang terutama Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, memberi gambaran amat buruk terhadap usaha kerajaan untuk mengurangkan pembelian daging import bernilai lebih RM2 bilion setahun.

“Amat mudah menjadi pembangkang hari ini, dia hanya perlu melempar tohmah dan lari… langsung tak ada rasa hormat. Pembangkang dulu, mereka ada prinsip, tapi pembangkang hari ini mengamal ‘law of the jungle’ tak ada undang-undang… dia tohmah, fitnah dan lari.

“Saya adalah generasi yang mana kita berpolitik secara berhemah. Tak kira sama ada anda parti pemerintah atau pembangkang – berpolitik mesti ada prinsip.

“Bila saya rasa sendiri (penangan pembangkang), itu membuatkan saya rasa sedih. Dia orang ini tak takut mati. Bagi saya, siapa saja buat fitnah ini, kita jumpa di padang Mahsyar,” ulangnya sekali lagi.

Tapi ketika berada di hadapan Kaabah dan sujud di Raudhah, Shahrizat tidak tergamak mendoakan keburukan pada penfitnahnya, sebaliknya berdoa supaya Allah tidak mengaibkan mana-mana keluarga pemimpin pembangkang, seperti mereka mengaibkan dia.

“Saya berdoa janganlah saya atau mana-mana pihak mengaibkan keluarga (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, keluarga Rafizi, keluarga Zuraida (Kamaruddin) dan keluarga Saifuddin (Nasution), sebagaimana mereka mengaibkan saya.

“Saya juga berdoa kepada Allah jangan menimpa musibah dan aib seperti ini ke atas ketiga-tiga keluarga ini. Walaupun diaibkan, saya masih tidak tergamak dan tidak mahu mentohmah mereka,” katanya.

Beberapa pemimpin politik pernah menerima tohmahan membabitkan keluarga mereka, pembangkang tidak terkecuali, tapi jarang sekali ada pemimpin politik yang melempar fitnah secara langsung.

Shahrizat juga adalah antara pemimpin yang belum lagi dilihat membuat kritikan secara peribadi terhadap mana-mana pemimpin pembangkang.

“Adakah saya pernah mengata (Datin Seri) Wan Azizah atau mendesak dia meletak jawatan (kerana kes salah laku suaminya), walaupun saya boleh berbuat demikian kerana saya ahli UMNO dan Ketua Wanita,” katanya tidak dapat menahan diri daripada membidas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mendesak dia meletak jawatan.

Krisis boleh membawa dua kesan besar ke atas manusia... sama ada panik dan tunduk kepada tekanan, atau bangkit menghadapi isu dan mencabar diri untuk membuktikan kebenaran.

Shahrizat memilih tidak tunduk kepada tekanan, sebaliknya bangkit menghadapi krisis dengan semangat yang jauh lebih membara.

"Krisis ini membangunkan Shahrizat, ucapannya bagaikan ‘harimau betina’ yang menyinga kerana harga dan maruah dirinya diperlekehkan begitu buruk oleh pembangkang.

"Ini penampilan dan ucapannya yang terbaik sepanjang kariernya sebagai ahli politik. Sokongan padu diberi seluruh Wanita yang hadir hari ini amat mengagumkan.

"Ucapan berapinya terutama pada 10 minit terakhir memang wajar menerima ‘standing ovation’ daripada seluruh perwakilan Wanita" kata seorang pemerhati yang kagum melihat begitu ramai Wanita yang bukan perwakilan datang memberi sokongan kepada ketua mereka.

2 comments:

  1. Hanya Wanita yg pendek akal dan tidak berpelajaran sahaja akan menyokong tindakan Sharizat dan familynya...I have met her and respect her as our Ketua Wanita before..but now, ever since this scandal is out...I totally lost my respect to her. In my mind, the same goes to the other cabinet Ministers..they only cares to gain power & money and allow corruptions practise in the govt agencies.. this is such a dirty scandals...UMNO will die because of these few greedy and selfish people! Thumbs up to PKR for providing the facts and telling the rakyat the thruth! Usually, I won't buy oppositions story..but after seeing this cow gate fiasco...I started reading and digging more details.. it is sad to know that people on the street has been talking negatively on this issue...their perception to UMNO is unexplainable....is not easy to regain public confidence esp after seeing Sharizat attitude towards this crisis ..her image has tarnished very badly..the more she speaks..the more people will talk and talk...Even a tea lady in my office look down on UMNO because of this ridiculous fiasco...Sharizat can go all over places to explain that she is not guilty and keep on blaming the oppositions..but she must also remember, public opinion is not on her at all!...general public like me and thousands others are upset and angry especially after seeing some top leaders and other govt agencies trying to protect her.. to us, she is morally wrong! She can't ignore the facts that what her husband and NFC done is totally unaccpetable...how could she, being a Minister can just ignore and close one eyes after seeing the feedback thrown by the rakyat to her! People are not stupid anymore...as a Minister..she has to look after the interest of the rakyat & country above everything else..the granted loan by the govt was meant to carry out the project successfully and not to spend like it's solely belongs to them...it is wrong for her to allow and pretend not to know that her husband and NFC hv spend lavishly by using the tax payer money!. It's defeat the purpose of granting such a huge amount of loan to NFC! ..lainlah kalau bisness dah untung meletup..depa beli kapal terbang pun org tak marah.. I wonder what would happened in the next 30 years.....as a qualified lawyer and Minister..she should know what to do..back out is the best solution.. kalau keluar secara terhormat..org pun tak marah..tak payah guna org lain utk buy the story..kalau Mahkamah atau PM cakap dia tak bersalah sekalipun we all sume tak akan percaya lagi!...hanya orang bodoh aje yang bersetuju dgn perbuatan tersebut..... she should back out before it's too late...people won't talk about it anymore...take the responsibility and just don't pass the burden to the party!... shame...shame...shame..on you, writer!

    ReplyDelete
  2. kalau sehelai benang yang telah basah, maka kita amat sukar untuk meluruskan nya, hai wanita umno ini semua saja yang salah tu tetap salah.. nak betul kan macam mana kalau dah suami dan anak-anak terlibat salah jadi isteri jika tidak menegornya.

    ReplyDelete