Friday 10 February 2012

Hukuman politik – kenapa Ali Alhabshee terburu-buru?

 Sumber: UMNO REFORM 2












Belum selesai isu FIDLOT, belum lagi menyeluruh siasatan suara-suara menghukum sudah mula kedengaran. Benar, UMNO mahu transformasi, mahu yang betul tetap betul, salah tetap salah dan mahu dilihat menegakkan kebenaran namun antara melunaskan keadilan dan bertindak semberono bukan nilai budiman dan bukan ciri-ciri keadilan. Menuduh mengheret dan berperisai Wanita UMNO juga BUKAN satu langkah budiman. Kita mahu UMNO itu bersih, UMNO mendekati rakyat tetapi kalanya UMNO perlu berjalan tidak sujud dengan tekanan pembangkang. 
www.umno-reform2.com bersetuju supaya siasatan disegerakan, pihak berwajib menyiasat tanpa memberi keutamaan kepada sesiapa namun hak yang lain perlu juga dihormati. Hak berkenaan dengan ruangan membela diri perlu tetapi apa yang kelihatan adalah Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee terlampau gopoh untuk menjatuhkan hukuman politik. Mengambil pentakrifan isu ini sebagai liabiliti, mungkin Syed Ali Alhabshee perlu melihat keseluruhan anggota dan kepimpinan UMNO. Banyak isu yang boleh dikaitkan dengan “kesalahan moral” di kalangan UMNO tetapi adalah tidak wajar kerana hukuman telah dilakukan sebelum didapati bersalah.
Adakah dalam senario ini hukuman politik seolah-olah mahu disegerakan dan akhirnya desakan Datuk Syed Ali akan menimbulkan persepsi lebih besar lagi dengan mempersoalkan beliau kenapa terburu-buru mahu menjatuhkan hukum.  Kenapa hukuman politik menjadi pilihan beliau dan adakah beliau sendiri tidak percaya kepada memberi ruangan menyeluruh kepada pembelaan sebelum menghukum. Adakah tidak pernah Datuk Syed Ali berdepan dengan isu – menghukum secara salah seorang dari segi politik dan akhirnya mahkamah mendapati seseorang itu bebas dan tidak bersalah. Namun hukuman politik ini merosakkan imej dan akhirnya UMNO sendiri kehilangan kepimpinan baru dan berbakat.
Hukuman politik ini adalah berdasarkan kepentingan politik, dendam politik atau persengketaan dalam politik. Tujuan menjatuhkan hukum ini pula adalah untuk merosakkan imej terlebih dahulu sebelum keputusan lain – seperti keputusan siasatan pihak berwajib selesai. Hukuman ini tidak memerlukan rujukan fakta – hanya mahu membentuk persepsi dan akhirnya tuduhan dan penghinaan dibuat untuk tujuan politik. Mungkin Datuk Ali Alhabshee sepatutnya menyarankan agar siasatan dilakukan dengan segera tanpa mendahulukan isu ini dengan hukuman. Akhirnya – kenapa terburu-buru. Ada yang tidak kena ke Datuk Ali Alhabshee -  ada projek yang tidak di luluskan ke (HAH INI CONTOH HUKUMAN POLITIK MEMBENTUK PERSEPSI UNTUK TUJUAN MEMBURUK-BURUKKAN ATAU MEMBENTUK ANDAIAN)  Oleh itu adalah wajar kita memberi ruangan di samping tidak menunjukkan kegelojohan kita. Biar proses perundangan dan UMNO di bawah kepimpinan Datuk Najib menentukan.

No comments:

Post a Comment